Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mengambil cakna akan hal perihal komoditi sawit negara.

Menurutnya, rasa terima kasih ini pastinya turut diwakili oleh semua penggerak komoditi sawit, dan juga rakyat Malaysia yang mahukan satu harga ideal buat minyak masak sawit.

“Menyentuh berkenaan minyak sawit bersubsidi di dalam pek, ianya amat membantu terutamanya golongan B40 serta M40. Setelah diumumkan Perdana Menteri pengeluaranya ditingkatkan dari RM1,415.73 juta ke RM 1 billion .

“Pada masa sama, nilai harga minyak masak 2 liter ke 5 liter kini ditetapkan supaya tidak lebih lebih daripada RM 30, ini semestinya bakal memberi satu lonjakan baru dalam industri kecil sederhana dan memberi peluang rakyat untuk bernafas.

“Seperti yang telah saya dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz jangkakan pastinya akan ada berita gembira buat rakyat Malaysia daripada PM,” katanya ketika dihubungi.