Kementerian Pengangkutan Malaysia bersedia membuka semula beberapa kaunter di bawah agensinya bagi memudahkan orang ramai setelah meneliti keperluan kerkhidmatan kerajaan.

Sumber daripada siaran media KPM berkata keputusan ini dibuat setelah meneliti keperluan pembukaan perkhidmatan kaunter kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam.

“Agensi-agensi di bawah MOT akan membuka perkhidmatan kaunter mulai 1 Julai 2021 bersandarkan kepada kepada urusan yang dibenarkan adalah semua urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian.

“Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50% dan semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk-in tidak dibenarkan,”.

Antara jabatan agensi yang dibenarkan beroperasi ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP Sabah serta Sarawak).

“Menurut JPJ ia akan membuka semua perkhidmatan kaunter untuk transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 Julai kecuali untuk perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ.

“Orang ramai boleh menguhubungi pihak JPJ untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, bagi APAD, semua permohonan boleh dibuat melalui temu janji ini kecuali urusan kad
pemandu.

“Para pengusaha dan syarikat boleh membuat temu janji melalui portal
APAD iaitu dan boleh diakses bermula jam 4.00 petang, 30 Jun 2021.

“Manakala bagi permohonan lesen perubahan sementara (LPS) permohonan hendaklah dibuat secara terus melalui emel lps@apad.gov.my.

“Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), para pengusaha dan
syarikat tidak terikat dengan keperluan untuk mengemukakan permohonan memperbaharui lesen dalam tempoh 90 hari sebelum tamat tempoh lesen,” katanya.

Tamat