Kemajuan bidang penyelidikan sawit yang di terajui oleh MPOB Lembaga Minyak Sawit Malaysia mampu memberi sumbangan besar kepada negara, rakyat serta pemain industri berkenaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini berkata pengkomersialan teknologi MPOB telah menyumbang pendapatan dengan anggaran nilai pasaran melebihi RM5 bilion”.

“Sehingga kini, MPOB telah memperkenalkan sebanyak 709 teknologi dan 191 perkhidmatan kepada pihak industri dan usahawan tempatan. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 221 atau 31.17% teknologi dan inovasi MPOB telah berjaya dikomersialkan termasuk dalam kalangan usahawan kecil sederhana.

“Teknologi MPOB yang sedia untuk dikomersialkan meliputi pengeluaran bahan tanaman, formulasi baja sawit, teknik kawalan penyakit dan serangga perosak, kejenteraan ladang, teknologi pengilangan dan formulasi produk makanan dan
bukan makanan berasaskan sawit”, katanya melalui siaran akhbar yang diterbitkan tadi.

Menurutnya tahun ini walaupun berdepan dengan situasi COVID 19, satu perubahan positif menunjukkan pada TOT 2021, MPOB berjaya melancarkan empat teknologi baharu merangkumi teknologi kawalan penyakit tanaman sawit, penghasilan produk biojisim sawit bagi rawatan efluen kilang kelapa sawit dan kejenteraan ladang bagi pengangkutan buah tandan segar.

“Teknologi baru yang menggunakan bakteria endofitik sebagai agen kawalan biologi ini berkesan bagi mengawal penyakit reput pangkal batang (BSR) disebabkan oleh kulat Ganoderma.

“Pada masa sama tiga produk dilancarkan hasil kerjasama pengkomersialan dengan syarikat tempatan iaitu pengkomersialan teknologi kawalan penyakit
Ganoderma, produk poliol berasaskan sawit bagi kegunaan sektor industri danalat pemotong buah sawit berkuasa elektrik dikenali Cantas Elektro.

“Selain itu, antara penenuan baru inovasi sistem rawatan bahan buangan sawit atau efluen kilang kelapa sawit (POME) dan juga Pembangunan jentera untuk membantu memunggah buah tandan segar (BTS) di ladang” katanya .

Tamat