Pengguaan teknologi dalam sektor komoditi semakin maju begitu juga kebergantungan kepada pekerja berkemahiran tinggi yang memerlukan para belia sedia mengaplikasikan teknologi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali berkata, MPOB memberi
penekanan utama kepada penyelidikan dalam bidang mekanisasi dan automasi seperti pembangunan jentera ladang.

“Kerja-kerja penuaian buah sawit
ini pada masa sama menyumbang kepada peningkatan produktiviti tenaga kerja dan kecekapan operasi ladang.

“Penggunaan mekanisasi juga adalah strategi kerajaan bagi mengurangkan kerbergantungan yang tinggi kepada tenaga kerja asing dalam
perladangan sawit sekaligus menggalakkan penglibatan golongan belia untuk menceburi kerjaya dalam industri sawit,” katanya dalam sidang media di program Webinar Pemindahan Teknologi 2021, anjuran MPOB tadi.

Menurutnya masalah kekurangan tenaga kerja inidianggarkan membawa kerugian kira-kira RM10 bilion setahun berikutan buah sawit masak yang tidak dituai

“Oleh itu usaha baru kementerian akan memberi fokus bagi pembangunan jentera ladang terutama bagi kerja penuaian buah sawit dan pengangkutan di ladang.

“Penggunaan mekanisasi secara meluas di sektor perladangan juga akan menggalakkan penglibatan golongan belia untuk menceburi kerjaya dalam industri sawit yang dikaitkan dengan persekitaran kerja yang kurang menarik berbanding sektor ladang” katanya.