Konsep ‘food bank’ bernilai RM 260,000 menjadi pilihan Majlis Getah Malaysia MRC dan Yayasan Amal Malaysia YAM dalam memberi bantuan kepada masyarakat membabitkan 200 lokasi di seluruh negara.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr . Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini, MRC dan YAM menyediakan rak khas dikenali sebagai Rak Amal Kongsi Rezeki YAM- MRC untuk menggalakkan orang ramai berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib  baik terutama bagi mereka yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik, namun ia juga dapat memperkasa dan mempertingkatkan ekonomi komuniti perniagaan peniaga runcit dalam penglibatan selaku pengantara antara penderma dan juga penerima.

“Inisiatif  ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama termasuk golongan asnaf bagi mendapatkan bantuan bekalan makanan selain sedikit sebanyak dapat meringankan  beban mereka adalah masa yang tepat untuk kita melaksanakan usaha sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan”, katanya ketika ditemui di Legasi Sabasun HyperRuncit, Kg. Baru, tadi.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Encik Nurul Islam Mohamed Yusoff; Presiden YAM, Hussin Ismail dan serta Pengarah Urusan Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd, Che Salmi Che Ibrahim.

Beliau berkata, “konsep kita menyediakan barang dan pada masa sama penderma Akan membeli sedikit barangan untuk rakyat Malaysia, serta  diletakkan ke dalam food bank berkenaan.

“Oleh itu kita harap perkongsiaan bersama dapat membantu mereka yang berhadapan dengan masalah bekalan makanan dan kongsi rezeki ini akan menambah rezeki masing masing. 

“Kepada Badan Bukan Kerajaan NGO NGO yang lain seluruh Malaysia, dan korporat seluruh Malaysia, mereka boleh sediakan kiosk utk rakyat membeli dan di letakkan untuk keperluan orang lain untuk menggalakkan orang ramai berbuat demikian”.

Tamat