Seramai 14,200 pekerja sektor industri perkayuan sawit bakal menerima suntikan vaksin segera bagi untuk pengoperasian Ladang
Tennameram, Bestari Jaya dan Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di Olak Lempit, Banting, Selangor.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19
(CITF) pada 1 Julai 2021 yang telah meluluskan sektor perladangan dan
komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program
Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

“Dua lokasi PPVIN dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya akhir
bulan ini untuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
(PICK) yang hanya akan memfokuskan kepada sektor perladangan sawit menerusi Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi atau Vaccination Programme for the Agricommodity Sector (VACOMS).

“Dalam menyokong usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada kumpulan barisan
hadapan ekonomi, kelulusan yang telah diberikan oleh CITF adalah
merupakan perkhabaran malah galakan yang sangat ditunggu-tunggu
oleh industri sektor itu,” katanya menerusi sidang media semalam.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) juga amat menghargai penglibatan langsung pemain industri daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) bersama Sime Darby Plantation Berhad (SDPB) dan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk menjayakan pengoperasian PPVIN.

Beliau di pihak kementerian amat mengharapkan lebih banyak PPVIN sektor agrikomoditi akan dapat dibuka oleh pihak industri serta persatuan bagi membantu kerajaan menjayakan PICK dalam tempoh terdekat.

“Sasaran kita di pihak kementerian adalah untuk mencapai imuniti kelompok untuk menjayakan
matlamat Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walaubagaimanapun, pembukaan PPVIN yang seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan CITF” katanya.

Tamat