PUTRAJAYA: Satu juta dos vaksin jenis Pfizer BionTech selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi. Vaksin sumbangan Amerika Syarikat (AS) itu dibawa menaiki pesawat Raya Airways TH 384.

Turut bersama menyambut ketibaan vaksin berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters. Hishammuddin dilaporkan berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

Hishammuddin dilaporkan berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

“Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Tamat