Kerajaan Malaysia meluluskan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion bagi menambah baik model perniagaan Felda untuk penstrukuran semula FGV Holding Berhad.

Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin berkata, sebahagian terbitan sukuk itu sedang digunakan untuk menstruktur semula pinjaman dengan institusi kewangan serta untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad (FGV).

“Bon itu dijamin oleh kerajaan, tambahnya. Bon RM9.9 bilion itu mula dicadang dan dibentangkan oleh pasukan petugas khas dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar pada mesyuarat Kabinet 14 Oktober tahun lalu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, akhir tahun lalu.

“Melalui penstrukturan semula pinjaman terbabit, ia akan mengembalikan fokus Felda terhadap usaha pemerkasaan perniagaan terasnya.

“Persetujuan Kabinet terhadap cadangan Pasukan Khas sebelum ini, juga membolehkan Felda meningkatkan pegangan saham dalam FGV sehingga 81.3 peratus,” katanya melalui katanya yang berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya sebentar tadi.

Selain itu beliau turut yakin penjayaan program Program Pembangunan Peneroka (PPP) dapat mengurangkan kebergantungan kepada kitaran harga komoditi serta dapat mempelbagaikan sumber pendapatan warga Felda.

“Selain itu, saya amat menghargai inisiatif “Sedekah” yang digerakkan warga peneroka di seluruh negara yang berjaya mengumpulkan sehingga RM10 juta setakat ini.

“Jumlah sedekah bukanlah menjadi ukuran, sebaliknya yang lebih penting adalah kesedaran dan kesediaan untuk mengorbankan sedikit harta dan pendapatan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Kerajaan akan sentiasa komited dalam mendokong usaha murni membantu membangunkan komuniti peneroka Felda. Namun segala inisiatif yang disusun harus sentiasa disambut dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh sekalian warga Felda dengan semangat dan keazaman yang jitu, agar usaha menaik taraf sosio-ekonomi peneroka dapat terus diperkasakan bagi menjamin masa depan generasi baru peneroka,” katanya.