Industri kenaf kini merupakan salah satu tanaman penting negara mampu menyumbang kepada peningkatan paras kenaikan pendapatan eksport negara sejak 2011-2020.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sektor agrikomoditi ini telah mencatatkan pendapatan eksport sebanyak RM68.1 bilion atau 17.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tempoh Januari sehingga April 2021.

“Nilai eksport komoditi turut mencatatkan pertumbuhan yang memberansangkan dengan peningkatan sebanyak 66.5 peratus berbanding 40.9 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2020.

“Selaras dengan matlamat itu kementerian ini mahu meningkatkan kebolehpasaran produk serta meneroka pasaran baharu, usaha konsisten akan terus dilaksanakan supaya permintaan produk berasaskan kenaf yang mempunyai nilai tambah tinggi.

“Pada masa sama ia digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor industri termasuklah pembinaan, biokomposit, dan lain-lain lagi,” katanya menerusi Webinar Kenaf Siri 1/2021 bertajuk Hala Tuju Industri Kenaf, hadir sama Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Dr Azman Ibrahim.

Menurut Khairuddin, dalam usaha menyokong pembangunan industri kenaf, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif kepada kumpulan sasar yang terlibat.

“Antaranya ialah insentif tanaman, bantuan sokongan bahan mentah, fasiliti dan teknologi pemprosesan, khidmat nasihat dan sebagainya.

“Sama seperti webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kumpulan sasar yang terlibat berkaitan perkembangan semasa industri kenaf, hala tuju industri selaras dengan dasar-dasar sedia ada seperti Pelan Induk Pembangunan Kenaf (PIPK), DasarKomoditi Negara (DKN) 2011-2020 dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya program-program pembangunan kenaf yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia di samping inisiatif berterusan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi memperkasa sektor ini melalui Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 juga turut dikongsikan dalam webinar ini.

Dianggarkan seramai 500 peserta menyertai webinar ini dari pelbagai sektor seperti agensi awam dan swasta, institusi pendidikan dan penyelidikan, persatuan, pemain industri serta usahawan kenaf.

LKTN juga merancang untuk mengadakan dua sesi webinar dalam masa terdekat dengan memberi tumpuan kepada penemuan hasil penyelidikan dan inovasi oleh institusi pengajian tinggi dan agensi penyelidikan serta usahawan kenaf yang terlibat dalampembangunan produk kenaf.

Beliau berkata, kementerian melalui LKTN akan terus memastikan program-programyang berkaitan dengan pembangunan industri dan modal insanseperti webinar ini terus diadakan secara berterusan. Ia penting agar aspirasi Kerajaan dalam memastikan industri kenaf terus berkembang pesat walaupun dalam situasi mencabar penularan pandemik COVID-19 dapat diteruskan.