KUALA LUMPUR: UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.

“Berdasar tujuh perkara di atas, Kerajaan Muhyiddin Yassin adalah gagal. Tujuh perkara ini adalah pra-syarat untuk UMNO meneruskan sokongan.

“Bagi memenuhi mandat Perhimpunan UMNO 2020, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta,” tegas beliau pada sidang media secara maya selepas mesyuarat MKT UMNO sebentar tadi. – AWANI