Satu pemeterian perjanjian persefahaman (MOU) antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bursa Komoditi Izmir di Izmir, Turki di tandatangani dalam usaha meningkatkan eksport minyak sawit ke negara itu.

Menerusi lawan sesawang Facebook, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komiditi menunjukkan majlis pemeterian tandatangan itu diwakili oleh MPOC diwakili Pengurus Pembangunan Pasaran dan Pemasaran Muhammad Kharibi Zainal Ariffin manakala Bursa Komoditi Izmir diwakili Presiden Lembaga Eksekutif, Isinsu Kestelli.

Pada masa sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bertindak sebagai wakil pihak kementerian daripada Malaysia turut menyaksikan majlis berkenaan.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Turki TYT Sazali Mustafa Kamal dan Konsul Jeneral di Istanbul YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), YBrs Mad Zaidi Mohd Karli.

Tamat