Turki masih lagi kekal sebagai antara pengimport utama minyak sawit Malaysia sejak 2020 sebanyak melebihi 600,000 tan dan kini sepakat untuk berkolaborasi melalui pelbagai projek berkenaan sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’Dr Khairuddin Aman Razali berkata, negara itu masih kekal sebagai rakan dagang utama dalam industri minyak sawit mentah.

“Adalah penting untuk memperkasakan hubungan dagang agrikomoditi antara dua negara Malaysia dan Turkey selaras dengan kedudukan Turki yang menjadi antara pengimport utama untuk minyak sawit Malaysia.


“Pada masa sama ia merangkumi perkongsian maklumat perniagaan dan teknikal, peningkatan kesedaran, pensijilan dan aktiviti promosi bersama,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangi persefahaman (MOU) antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bursa Komoditi Izmir di Izmir, Turki.

Pada majlis berkenaan, MPOC diwakili Pengurus Pembangunan
Pasaran dan Pemasaran Muhammad Kharibi Zainal Ariffin manakala
Bursa Komoditi Izmir diwakili Presiden Lembaga Eksekutif, Isinsu
Kestelli.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Turki TYT Sazali Mustafa Kamal dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
(KPPK), Mad Zaidi Mohd Karli.

Beliau berkata, melalui MoU ini, cabang pendidikannya, Akademi
Bursa Izmir (IBA) akan menjalinkan kerjasama dengan MPOC dalam
bidang pendidikan, promosi dan penggunaan minyak sawit Malaysia
serta Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“MPOC dan IBA sepakat untuk berkolaborasi melalui pelbagai projek
merangkumi perkongsian maklumat perniagaan dan teknikal, peningkatan kesedaran, pensijilan dan aktiviti promosi bersama.


“Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik yang mampu meningkatkan pembangunan industri sawit Malaysia dan penguasaan pasaran,” katanya.

Selain itu, IBA bersetuju untuk menyelaraskan biasiswa kepada
wakil, pelajar dan ahli akademik untuk latihan di bawah kajian
lapangan IBA dan Malaysia

Khairuddin berkata, IBA juga akan membantu MPOC untuk melaksanakan kempen penerangan kepada rakyat Turki berjumlah
80 juta orang mengenai faedah pemakanan dan kesihatan minyak
sawit Malaysia selain meningkatkan pemahaman serta menjelaskan
kelebihan khasiatnya.

“Melalui persefahaman ini akan merancakkan lagi Program Kesedaran Perdagangan Minyak Sawit (POTAP) antara kedua-dua pihak untuk memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai industri minyak sawit Malaysia dan faedahnya.

“Kedua-dua agensi akan memperincikan program berkenaan melalui perjanjian berasingan yang akan diteliti dan ditentukan kemudian, katanya

Menurut Khairuddin, Malaysia dan Turki pernah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun 2015. Eksport minyak sawit Malaysia meningkatkepada lebih dari 600,000 tan setiap tahun berbanding sebelum FTA iaitu kurang 100,000 tan setahun.

“Mengikut rekod pada tahun lalu 2020, Turki mengimport 615,872 tan minyak sawit Malaysia iaitu lebih 90 peratus daripada jumlah import minyak sawit Turki.

“KPPK berharap melalui memorandum ini, manfaat dan kefahaman minyak sawit negara dapat dipertingkatkan ke Turki seterusnya menjadi gerbang kepada eksport produk-produk sawit Malaysia ke Eropah.

Tamat