Turki membuka pintu dagangnya dengan lebih luas apabila meneroka pasaran baru bagi subsektor sawit, getah dan kayu-kayan untuk diimport daripada Malaysia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) sangat memberi manfaat khususnya untuk meningkatkan hubungan perdagangan terutama dalam subsektor sawit, getah dan kayu-kayan.

“Melalui pejanjian berkenaan MTFTA Malaysia akan memanfaatkan segala faedah dan kepentingan sebagai pemegang taruh industri bagi dagangan bebas berkenaan.

“Kita melihat Turki adalah satu-satunya rakan dagang Malaysia dengan perjanjian perdagangan bebas di rantau Eropah dan Mediterranean yang akan memberi akses utama ke benua berkenaan,” katanya ketika menghadiri dan merasmikan sesi libat urus bersama bersama pemain industri sektor agrikomoditi Turki dalam Sesi Perbincangan Meja Bulat di Istanbul.

Beliau melalui dapatan kajianya, melihat Turki juga berpotensi besar untuk permintaan minyak sawit Malaysia untuk pasaran tempatan dan eksport semula. 

“Dapatan kajian ini berdasarkan lokasi strategik Turki di sepanjang Laut Hitam dan Laut Mediterranean memberikan kelebihan sebagai pasaran eksport semula ke Timur Eropah. 

“Mengambil peluang berkenaan, Malaysia melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ingin bekerjasama dengan Turki untuk memasuki pasaran Eropah,” katanya

Seiring dengan masalah peningkatan pendemik COVID 19, Turki mengambil inisiatif Malaysia mengambil pendekatan bagi menampung permintaan sarung tangan getah perubatan di sektor penjagaan kesihatan di Turki.

Menurut Khairuddin beliau berkata, oleh kerana wabak COVID-19 memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat, Malaysia ingin memberikan sokongan untuk memastikan produk yang berkaitan dengan getah untuk tujuan perubatan berada pada kualiti tertinggi.

“Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa ini boleh menjadi pintu masuk untuk mengakses sebahagian dari Timur Tengah dan pasaran Asia Tengah untuk subsektor kayu-kayan.

“Pada sesi itu semua majlis di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi iaitu Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan Majlis Getah Malaysia (MRC) membentangkan kertas kerja masing-masing. 

Kertas kerja yang dibentang adalah sebahagian daripada misi untuk mensasarkan benua Afrika dan Timur Tengah,” katanya.