Satu perlanggaran diantara kapal tangki dan kapal kapal kargo berlaku di sekitar perairan Muar, Johor jam 12.03 tengah malam tadi.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejurus mendapat laporan berkenaan daripada pihak Maritim Johor, kementerianya melalui Jabatan Alam Sekitar terus turun ke lokasi bagi menilai keadaan sebenar.

“sejurus mendapat laporan, JAS turun ke lokasi untuk mendapat gambaran sebenar kejadian dan pada masa sama pihak kementerian merangka strategi untuk tindakan susulan.

“Pihak JAS kini sedang menganalisis trajekteri pergerakan tumpahan minyak di kawasan berpotensi. Melalui ramalan ini kita cuba mencari kaedah terbaik untuk tangani situasi ini,” katanya dari laman media sosial Facebook beliau.

Pada masa sama, menurutnya beliau, pihak JAS juga turut berkerjasama dengan Persatuan Nelayan untuk mengesan pergerakan tumpahan minyak berkenaan.

Keadaan masih lagi dalam siasatan pihak JAS, jadi sebarang keputusan yang utama adalah mengekang pegerakkan minyak dari terus mengalir daripada lokasi kejadian.