Sebanyak RM350,000 dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Rakyat Parlimen Kuala Nerus bermula PKP 3.0 Fasa 1 terdahulu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sejak pelancaran program berkenaan, pihaknya telah menerima 7,300 pemohonan dari rakyat dan 6,733 pemohon telah menerima sumbangan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM350,000.

“Antara item berkenaan adalah bantuan makanan asas yang diperlukan termasuk  bekalan beras, minyak masak, bihun, sardin dan tepung gandum.

“Permohonan masih dibuka sehingga hari ini untuk mereka yang terjejas dan agihan bantuan terus berjalan dengan bantuan PKM Dun-dun dalam Kuala Nerus dan JPKK setempat.

“Alhamdulillah sehingga hari ini dalam tempoh sebulan ini sebanyak 6389 permohonan Bantuan Makanan telah diterima oleh pasukan kerja saya di Parlimen Kuala Nerus. Lebih 5000 permohonan telah berjaya dibuat serahan menerusi JPKK masing-masing,” katanya.

Beliau mahu pastikan tiada seorang pun rakyat saya berhadapan masalah tiada bekalan makanan sepanjang tempoh PKP dan pandemik ini.

“Kami menyediakan beras, minyak masak, sardin, mee hon dan tepung gandum untuk memastikan rakyat mendapat bekalan makanan asas.

“Bantu saya sebarkan maklumat ini kepada rakyat saya di seluruh pelusuk Kuala Nerus.Bantu saya untuk selamat di hari Akhirat apabila ditanya oleh Allah tentang tanggungjawab pemimpin kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya ini adalah program yang berkesinambungan dilaksanakan oleh beliau sejak dahulu lagi. Oleh itu beliau berharap orang ramai dapat menguhubungi pegawai-pegawainya di Dun-Dun untuk melaporkan kesusahan yang dialami oleh jiran disekeliling.

“Bantu saya dengan memberikan maklumat jika ada yang susah tetapi tidak mendapat bantuan,” katanya.

Menurut beliau, kepada yang masih memerlukan sebarang bantuan boleh terus hubungi pegawai-pegawai PK Nerus sepertimana berikut:

 – Dun Buluh Gading : Ustaz Yusrizal +6013-9267731-

Dun Tepoh : Haji Yusof +6013-9287731-

Dun Bukit Tunggal : Ustaz Azzam +6019-9367731-

Dun Seberang Takir : En Azmi +6019-2937731-

PERANTAU Luar Kuala Nerus : Ust Amir 0192917731 

Tamat