Satu tinjauan dibuat di sebuah kilang kelapa sawit sekitar Ulu Keratong, Rompin, Pahang, selepas mendapati menjadi penyebab pencemaran sungai.


Bertindak hasil daripada tinjauan berkenaan, Menteri Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turun ke lokasi bagi melihat sendiri kejadian yang berlaku.
Menurutnya beliau berkata, pihak kilang berkenaan akan dikenakan tindakan dan akan menanggung semua kos pembersihan selepas yang dilakukan.


“Pihak kilang wajib mengambil tanggungjawab untuk segala kerosakan terutamanya pencemaran alam sekitar yang berlaku serta membaik pulih kerosakan sistem sungai.


“Kita tidak akan berkrompomi walau sedikitpun, dan pihak kementerian bersama agensi akan menggunakan saluran undang-undang, untuk membuat pendakwaan mengikut peraturan sudah termaktub. 


“Pendakwaan akan akan dibuat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara, serta agensi Di pihak kerajaan negeri,” katanya ketika lawatan ke Ulu Keratong, Rompin , Pahang bagi meninjau perkembangan baik pulih kerosakan dari sisa kilang kelapa sawit semalam.


Sementara itu dalam satu kenyataan daripada Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata tindakan selaras dengan notis arahan mengikut Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Rompin.


“Kilang tersebut diarah
memberhentikan operasi mengilang buah kelapa sawit serta merta sehingga notis arahan ditarik balik oleh JAS.


“Kegagalan mematuhi arahan terbabit boleh menyebabkan lesen syarikat berkenaan digantung, dibatal atau tidak diperbaharui mengikut Peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Dalam pemeriksaan pada Jumaat lalu, JAS dan Pengurusan Air Pahang Berhad dilaporkan mendapati sebuah kilang kelapa sawit menjadi punca pencemaran air terhadap Sungai Pukin.


Kejadian itu dipercayai berpunca dari tebing salah satu kolam rawatan sisa sawit yang runtuh sehingga menyebabkan sisa tersebut mengalir ke alur sungai.


Ahmad Parveez berkata, MPOB menggesa semua kilang kelapa sawit supaya sentiasa mematuhi peraturan MPOB dan JAS dalam penjagaan alam sekitar terutama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Katanya, MPOB sentiasa bekerjasama dengan JAS bagi membendung pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai akibat aktiviti pengilangan sawit.
Tamat