Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi KPPK kini dalam usaha memeterai satu MoU baharu bersama kerajaan Iran bagi meningkatkan jumlah eksport minyak sawit ke negara itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan Iran untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia sehingga 1 juta tan setiap tahun.

“Malaysia dan Iran bersetuju untuk meneroka memorandum persefahaman (MOU) bagi tujuan meningkatkan eksport sawit Malaysia ke negara berkenaan tidak lama lagi.

 “Mengikut pada tahun lalu, Iran mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 315,699 tan bernilai RM895 juta. 

” Jumlah eksport minyak sawit negara ke Iran meningkat lebih 400 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 iaitu sebanyak 238,683 tan bernilai RM970 juta berbanding 50,889 tan dengan nilai RM131.5 juta sahaja dalam tempoh sama pada tahun 2020,’’ katanya ketika semasa pertemuan antara  delegasi Iran yang diketuai oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Perbadanan Perdagangan Kerajaan Iran (GTC), Yazdan Seif di Istanbul, Turki  pada 10 Julai lalu.

Menurutnya kerajaan Iran memaklumkan bahawa kapasiti penapisan minyak sawit negara itu kini meningkat dua kali ganda manakala industri pembungkusan mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberansangkan ketika ini.

 “Malaysia perlu menggunakan peluangini untuk menjadikan Iran sebagai hab pengeksport semula ke negara-negara rantau itu yang dianggarkan mencecah penggunaannya sehingga 5.5 juta tan minyak dan lelemak setahun.

“Ini kerana Iran  kini berhadapan dengan sekatan ekonomi, namun dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara terpilih.

” Misi utama GTC ialah untuk membekalkan bahan
makanan kepada rakyat negara berkenaan di samping dapat memainkanperanan utama membantu rakyat negara itu memperoleh bekalanmakanan dalam situasi sukar pandemik COVID-19 dan sekatanekonomi, katanya.