Filem animasi tempatan sekali lagi telah berjaya menambat hati penonton antarabangsa apabila filem animasi pendek Kring! terbitan Brainy Bones Studios telah berjaya memenangi anugerah Cartoon Kids Award 2021 di Itali baru-baru ini.

Berita ini telah dikongsi di laman Facebook milik Brainy Bones Studios semalam. Ini merupakan anugerah yang ke-6 yang diterima oleh animasi Kring!. Sebelum ini Filem Kring! telah berjaya meraih trofi Filem Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis.

Filem Kring! merupakan animasi arahan Hilmi Ismail mengisahkan seorang guru bernama Suraya memainkan peranan membantu seorang murid bernama Mael yang mempunyai masalah disleksia. Suraya menghadapi cabaran membantu seorang pelajar yang mempunyai masalah pelajaran di sekolah dan mempunyai imaginasi luar kotak.

Kepada yang masih belum menonton animasi pendek Kring!. Anda masih boleh menonton di Youtube Brainy Bones Studios.

Link: https://www.youtube.com/watch?v=hixR_PrSg8I&t=5s