Malaysia kini telah menjadikan satu syarat mandatori baru pembayaran perolehan tender menggunakan sistem barter daripada sumber minyak sawit mahupun daripada hasil komiditi negara yang setara dengannya sebanyak 50 peratus.

Cara baru ini telah digunapakai dalam proses pembelian 18 buah pesawat pejuang tempur ringanuntuk tujuan latihan dan juga beberapa peralatan kegunaan khas milik Tentera Udara Diraja Malaysia baru baru ini.

Selain itu, melalui tender yang ditutup pada 22 September ini, meletakkan pra-syarat asas bagi menjalankan pemindahan pengetahuan dan kemahiran, menyediakan akses pasaran global, memiliki kandungan tempatan serta sumber manusia.

Menurut sumber, pengguaan sistem “barter trade” ini mampu mencegah daripada berlakunya boikot anti sawit terutamanya daripada negara Kesatuan Eropah (EU)

Memetik satu laporan daripada laman web pertahanan Janes berkata , TUDM mempunyai rancangan sejak 2018 untuk menambah 36 perolehan aset pesawat pejuang ringan melalui dua fasa katanya.

“Lapan belas pesawat berkenaan dijangka dibeli pada 2021 dan selebihnya pada 2025 bagi tujuan melengkapkan dua skuadron yang terdiri daripada 36 pesawat kesemuanya.

“Program FLIT bakal menggantikan tujuh latihan jet yang digunakan bagi perkhidmatan ini, selain itu LCA pada masa sama bakal mengambil alih 18 Sistem BAE Hawk MK 108 bagi pesawat yang mempunyai tempat duduk berkembar, serta satu tempat duduk untuk jenis Mk 208,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pekebun Kecil Nasional (NASH) Aliasak Ambia, ketika dihubungi berkata, beliau menyambut baik langkah kerajaan yang dilakukan sekali gus dapat menyelamatkan menyelamatkan 600,000 pekebun kecil di negara ini.

“Saya melihat trend anti sawit daripada EU sedikit sebanyak memberi impak kepada pihak petani sawit terutamanya mereka yang bergantung kepada sektor industri sawit semata-mata, dan kajian menunjukkan golongan ini mempunyai jumlah tanggungan lebih dari 1.5 juta.

“Oleh itu peruntukan ini mesti dimasukkan dalam semua tender antarabangsa, terutama ketika terjadi kemungkinan pembelian peralatan dari EU,” katanya.

Aliasak juga pada masa sama turut mendesak untuk memanfaatkan kontrak pertahanan yang bernilai tinggi dengan negara-negara UE terhadap eksport minyak sawit.

Menurutnya beliau berkata, sebelum ini kempen anti minyak sawit di EU telah berlangsung selama 10 tahun terakhir, semuanya disokong oleh anggota parlimen dan perundangan mereka.

Jika dilihat Perancis dan Itali kini turut menolak minyak sawit mentah walaupun pada masa sama negara berkenaan memperoleh begitu banyak faedah dengan kontrak penjualan peralatan pertahanan ke Malaysia secara pukal.

“Mereka sengaja meletakkan minyak minyak sawit mentah sebagai bahan tidak mesra alam, oleh itu sekali gus mengecualikannya sebagai campuran bahan bio diesel pada January 2023. Sekali gus menafikan hak pengeluar minyak sawit mentah bagi membolehkan hanya penggunaan kacang soya dibolehkan bagi menampung biofuels”,katanya.

Tamat