Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan bahawa inisiatif walk-in ini adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut dan bukannya untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing selepas merujuk kepada satu mesej yang tular semalam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh pada 16 Julai 2021 yang disertakan di bawah untuk rujukan.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji
temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.

“CITF juga ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi
untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, di mana
PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in ini.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk
menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan,” katanya.

Menurutnya ia mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin.

Tamat