300 Kilogram lembu baka Kedah Kelantan berjaya ditumbangkan bagi meraikan anggota polis yang bertugas di sepanjanng musim PKP di Balai Polis Gong Badak awal pagi semalam.

Lembu korban sumbangan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali itu kelihatan tenang di sembelih oleh Timbalan Ketua Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Mohd Harme, dalam menjalankan ibadah korban dan daging berkenaan disedekahkan kepada fakir miskin.

Ketua Balai Polis, Inspektor Azlan bin Zulkifli berkata, walaupun raya tahun ini berbeza pada tahun sebelumnya, namun beliau bersyukur kerana aktiviti korban tetap dapat berjalan dengan SOP yang ditetapkan kerajaan secara teliti.

Menurut Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata melalui ucapannya di laman Facebook, antara ibrah yang dapat diambil melalui ibadat korban ialah tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan serta saling melengkapi kekurangan.

Pada masa sama, aktiviti korban turut dilakukan bersama Rejimen Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan seekor lembu yang yang turut disumbangkan oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melalui Setiausaha Politiknya, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Turut bersama dalam program pagi tadi, YM Raja Arizal Raja Arif, Pegawai Tugas-tugas Khas Parlimen Kuala Nerus dan Ustaz Sofyuddin Yusof, Pegawai Khas Kewangan Parlimen Kuala Nerus.

Tamat