Setelah satu kajian dibuat Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mencadangkan kanak-kanak golongan rentan mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang mengalami kecacatan saraf, sindrom down, imunosupresi dan masalah pembelajaran.

“Vaksin sama turut disyorkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang tinggal bersama individu mempunyai masalah imunisasi.

“Ia bagi melindungi individu itu daripada berisiko mendapat penyakit serius daripada Covid-19 dan mungkin tidak dapat menghasilkan tindak balas imunisasi sepenuhnya kepada vaksinasi,” katanya melalui kawan Facebook beliau.

Bagaimanapun, katanya, JCVI tidak mengesyorkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang mempunyai tahap kesihatan baik.

Sebelum ini, remaja berusia 16 dan 17 tahun yang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 sudah ditawarkan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

Tamat