Pengorbanan merupakan adalah kunci utama kepada kebebasan pendemik COVID 19 yang kini semakin menular di negara Malaysia.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seharusnya umat ini perlu bersyukur masih lagi diberi keizinan, dalam menyambut dan menghayati Idul Adha tahun ini walaupun dalam keadaan sukar lantaran pandemik COVID-19 yang belum reda.

“Kita masih dalam fasa pemulihan dan sedang menjalani norma-norma baharu kehidupan yang menjadi kunci kebebasan daripada pandemik ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian yang getir ini.

“Apa yang dicontohkan kepada kita adalah suatu ketulusan pengabdian yang sudah sampai ke kemuncaknya sehingga setiap titah perintah Allah dilaksanakan tanpa ragu dan gundah. Bagi kalangan umat Islam, inilah maqam ihsan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Melaksanakan amalan dengan cara yang paling baik dan penuh keikhlasan.

“Demikianlah kita melihat perjuangan mengharungi badai wabak COVID-19 ini. Perjuangan ini tidak akan berjaya dan berhasil jika tidak ditempuhi bersama oleh segenap lapisan masyarakat. Kita perlu berganding bahu memutuskan rantaian COVID-19 ini,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

Menurut beliau tanggungjawab ini bukan terletak atas bahu barisan hadapan negara daripada petugas kesihatan dan keselamatan sahaja. Kesedaran dan kecaknaan terhadap peri pentingnya mematuhi SOP adalah kesedaran semua.

“Tidak wajar menuding jari kepada pihak tertentu melanggar peraturan sedangkan diri sendiri juga tidak mahu mematuhinya. Setiap daripada kita punya tanggungjawab masing-masing. Lunaskanlah ia dengan penuh keinsafan dan kesungguhan, katanya.

Menurutnya selain daripada isu kesihatan, tumpuan patut diberikan kepada isi, setiap langkah yang diambil menuju ke arah pembaikan dan pemulihan perlu dilakukan secara berganding bahu.

“Kita perlu saling melengkapi. Tidak perlu wujud rasa dengki dan iri hati dalam memberi bantuan. Apa yang diperlukan adalah kebersamaan. Golongan yang kaya dan berada membantu mereka yang susah dan menderita. Mereka yang bergaji tetap berbelanja membantu ekonomi para peniaga dan penjaja dan ekonomi akan bergerak lebih laju bila kitaran wang berlaku.

“Pada masa sama, saya menasihatkan jiran tetangga cakna dengan kesukaran orang-orang di sekelilingnya. Inilah semangat at-ta’awun ‘ala al-birr wa at-taqwa (bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan). Kita saling melengkapi kekurangan bukan saling memecahkan perpaduan.

Adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mencapai sasaran imunti kelompok bagi membolehkan ekonomi bergerak pada kadar sebaiknya.

“Diharapkan agar tiada suara-suara sumbang yang menghalang atau menakut-nakutkan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin ini. Kecelaruan-kecelaruan yang ditimbulkan hanya akan merencatkan hasrat kerajaan untuk membebaskan kehidupan rakyat daripada cengkaman pandemik ini,” katanya

Tamat