Dua ekor lembu dari baka sado, mempunyai berat sekitar 500 kg dikenali sebagai limosin, dijadikan korban bagi menyantuni penduduk sekitar Parlimen Kuala Nerus.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang menyumbangkan lembu berkenaan berkata, beliau berharap sumbangan mampu memberi keceriaan kepada penduduk setempat sewaktu menyambut Aidiladha di musim pkp ini.

“Melalui program korban ini, daging daripada lembu yang dikorbankan itu, dapat diagihkan kepada lebih kurang 4000 penduduk di sekitar parlimen ini.

“Kesemua lembu yang dikorban berjumlah 17 ekor adalah sebagai inisiatif menyantuni penduduk parlimen Kuala Nerus Dan pada masa sama sebagai meraikan ibadah korban yang dianjurkan oleh agama Islam.

“Melalui ibadah ini, sekali gus dapat memupuk nilai kasih sayang dengan memberikan serta berkongsi rezeki kepada semua, sama ada mereka yang kurang berkemampuan, ataupun golongan berada,” katanya.

Menurut beliau tumpuan utama adalah sebagai usaha menyantuni penduduk terjejas daripada golongan B40 yang memerlukan perhatian terutamanya pada musim PKP ini.

“Kita agihkan sudah tentulah kepada mereka yang terjejas akibat pendemik COVID 19, di kawasan Kuala Nerus sendiri selain orang orang lain.

“Tetapi kita fokus kepada golongan terjejas, kerana ini adalah sebahagian daripada program bantuan kepada rakyat bagi membantu mereka menghadapi situasi sekarang.

“Sebagai contoh sebulan yang lalu daripada sekitar Jun, kita telah mengaggihkan bakul makanan sekitar lebih kurang 8000 unit kepada keluarga yang terjejas,” katanya

Menurutnya bagi mengikuti SOP secara tepat agihan daging korban berkenaan diagihkan secara pandu lalu, di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus,

Beliau berharap dengan program agihan daging korban berkenaan dapat menceriakan Sambutan Aidiladha walaupun pi dalam musim PKP ini.

Tamat