Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) menzahirkan keyakinan bahawa  jumlah eksport lada pada tahun ini dapat dipertingkatkan memberi keuntungan buat pemain industri.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, prestasi eksport produk lada negara kekal positif dengan nilai eksport pada Januari – April 2021 adalah sebanyak RM42.1 juta.

“Prestasi eksport produk lada kini semakin berkembang dengan nilai eksport yang begitu positif. Ianya pada masa yang sama bakal meningkatkan ekonomi negeri Sarawak.

“Seperti mana kita semua maklum negeri Sarawak merupakan pengeluar utama lada yang istimewa di Malaysia juga mahupun peringkat antarabangsa,” katanya ketika membuat posting ucapan sempena sambutan Hari Sarawak di laman Facebooknya.