Industri koko di Malaysia berkembang pesat dengan terutamanya melalui kajian penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam menghasilkan teknologi baharu, serta produk bernilai tinggi telah menjadi salah satu penyumbang besar eksport negara.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mengikut rekod pada tahun lalu, sektor koko
menyumbangkan sebanyak RM1.64 bilion kepada KDNK. Jumlah
tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding
RM1.56 bilion pada tahun sebelumnya.

“Melihat prestasi kepada sektor Koko negara, pencapaian perlu ditingkatkan lagi bagi membolehkan Malaysia terus bersaing sebagai
pasaran penting selain mengambil peluang terhadap pasaran
antarabangsa yang kini giat berkembang.

“Oleh itu kita memerlukan satu ekosistem yang menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan dari Lembaga Koko Malaysia (LKM) perlu diwujudkan bagi menghasilkan lebih banyak kajian berasaskan produk koko berkualiti dan mampu bersaing di dalam serta luar negara.

“Melalui hasil kajian kerjasama R&D ini akan digunakan untuk program
pembangunan kumpulan sasar iaitu kepada pekebun dan pengusaha
coklat serta pemain industri. Isu-isu berbangkit dalam kalangan pemain
industri turut diberi perhatian melalui inovasi, teknologi dan pembangunan produk hasil daripada R&D oleh LKM dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC),” katanya melalui ucapannya secara maya di Bengkel Tahunan Saintis LKM atau MCB Annual Scientist Workshop 
(MASW) 2021. 

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia,Dr. Ramle Hj Kasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), En Mad Zaidi Mohd Karli.

Menurut beliau projek 
penyelidikan dan pembangunan LKM telah bermula sejak RMKe-8 dan 
sehingga kini 105 projek dengan peruntukan sebanyak RM75.3 juta 
dijalankan.

“Melalui rekod lalu sebanyak 17 projek R&D yang bernilai RM42.7 juta telah dilaksanakan serta 630 penerbitan berimpak tinggi serta laporan teknikal telah dihasilkan sepanjang RMKe-11 dan pencapaian ini sangat memberangsangkan.

“Manakala, sembilan projek
penyelidikan dan pembangunan bernilai RM14.1 juta sedang
dilaksanakan di bawah RMKe-12, serta penyelidikan LKM telah menerima 60 pengiktirafan di dalam dan luar negara bagi inovasi dan teknologi yang dihasilkan melalui aktiviti R&D.

“Selain itu, 38 inovasi dan teknologi yang dihasilkan di bawah RMKe-11 telah memperoleh hak harta intelekSelaras dengan hala tuju LKM sebagai agensi unggul dalam R&D
berkaitan koko, penyelidikan berasaskan permintaan pasaran serta
penghasilan produk dan teknologi yang dapat dikembangkan sehingga ke tahap pengkomersialan, katanya.

Sementara itu, seperti yang dimaklumkan setakat hari ini sebanyak 63 teknologi dan produk telah dibangunkan bagi menghasilkan klon koko baharu, teknologi pengurusan kebun, kawalan penyakit dan pemprosesan koko serta penghasilan produk makanan dan bukan makanan berasaskan koko.

Selain itu 20 daripada teknologi dan produk tersebut berada pada tahap pengesahan pasaran dan pengkomersialan. Teknologi kjian LKM juga telah menghasilkan 17 produk yang dikomersialkan seperti produk kecantikan serta penjagaan diri.

Menurut Khairuddin berkata, pencapaian yang memberangsangkan ini adalah hasil daripada 
kolaborasi di antara LKM dan rakan strategik MTDC yang dijalin sejak
2019 di bawah program Innovation to Market (I2M). Kerjasama itu mampu membantu pekebun kecil koko dan memberi peluang perniagaan kepada usahawan dalam mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi. 

“LKM juga telah menyasarkan untuk 
menghasilkan lebih daripada 10 inovasi atau teknologi baharu 
berasaskan kepada IoT dan IR 4.0 serta kerjasama peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam Asia-Pacific Regional
Cocoa Breeding, MARS Singapore dan International Atomic Energy
Agency, Austria.

“Kajian memgenai koko turut disertai oleh universiti atau institusi penyelidikan terkenal dalam bidang pembangunan biji koko berperisa dan unik. LKM bersama universiti tempatan seperti Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Sabah kini seiring dalam pembagunan koko negara,” katanya.

Tamat