Sejumlah RM 968,000 telah dibelanjakan bagi menampung kebajikan rakyat di Parlimen Kuala Nerus, mengikut kepada Kad Laporan Kebajikan Parlimen berkenaan sejak Jun dan Julai 2021.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau bersyukur kepada Allah Taala, Agihan Bantuan Prihatin Kuala Nerus Fasa 1 bermula Jun hingga 15 Julai 2021 dengan kos RM450k berbentuk pek bekalan makanan telah memanfaatkan 7933 keluarga.

“Bantuan Prihatin Fasa 2 pula bermula 16hb Julai dengan kos RM300k mensasarkan 3000 keluarga dengan pek makanan bernilai RM100. Sehingga 25 hb Julai sebanyak 1045 keluarga telah mendapat sumbangan dengan nilai RM104,500.

“Oleh itu semua semua peruntukan untuk rakyat untuk Bantuan Prihatin Kuala Nerus ialah RM750k. Selain itu, bagi meraikan golongan kurang bernasib baik, 18 ekor lembu juga dikorbankan di seluruh Parlimen Kuala Nerus dengan pelbagai saiz yang besar termasuk 2 ekor berharga RM17k dan RM12k untuk tahun ini dengan peruntukan RM128k,” katanya melalui laman sesawang Facebook rasmi miliknya.

Sementara itu, perbelanjaan kebajikan yang lain termasuk membaiki rumah fakir miskin, program ziarah pesakit dan keluarga miskin, lawatan kematian, bantuan kuarantin, petugas barisan hadapan dan lain-lain program berjumlah RM90k.

Menurut beliau, semua program ini dilaksanakan dengan kerjasama DUN dan JPKK masing-masing di seluruh Parlimen Kuala Nerus.

“Alhamdulillah semua peruntukan Bantuan Prihatin, Program Korban dan program kebajikan rakyat dijangka untuk rakyat sepanjang Jun dan Julai ialah sebanyak RM968,000.00,” katanya.