Perikatan Nasional meneruskan agenda kebajikan rakyat dengan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi program Bantuan Bakul Makanan di Parlimen Kuala Nerus.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ini adalah satu inisiatif bagi membantu menyediakan keperluan asas penting buat golongan memerlukan.

“Baik ahli parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Program seperti ini dapat membuktikan kesepakatan semua pihak dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian tanpa mengira pegangan politik dan parti,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politiknya, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama Ketua BERSATU Bahagian Kuala Nerus, Hj Khazan Che Mat turun padang menyampaikan bantuan dan Setiausaha PAS Kuala Nerus , Ustaz Zakaria Dagang.

Menurut beliau perkara tersebut dijelaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah disambut baik semua wakil rakyat.

“Kerajaan Perikatan Nasional dilihat terus merangka pelbagai usaha yang direncana dengan pelbagai pakej bantuan bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 hingga kini,”.

Tamat.