Parti Islam Se-Malaysia (PAS) teguh tetap berdiri dengan menyatakan pendirian parti itu, bahawa menyokong penuh sistem Raja Berperlembagaan.

Menerusi Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man berkata, parti itu, kekal berdiri dengan prinsipnya menyokong sistem Raja Berperlembagaan yang sedia ada diamalkan sejak dahulu.

“PAS tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,”.

“Selain itu PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet,” katanya melalui satu siaran media yang disiarkan tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, parti itu, menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Hal ini kerana kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik khususnya,” katanya.

Tamat.