Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mempertahankan tindakan kerajaan memaklumkan kepada Parlimen mengenai pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin.

Menurut beliau, tindakan itu betul dan teratur kerana mengikut aspek perundangan yang tepat.

“Tindakan itu perlu mengikuti proses pembatalan (revocation) tersebut namun perlu juga difahami, semua proses tersebut hanya bermula dengan keputusan kerajaan iaitu yang dibuat oleh kabinet dan turut mengambil masa.

“Proses ini bukannya habis dalam masa 24 jam, kerajaan perlu mendapatkan tandatangan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membatalkan darurat dan ordinannya,” katanya ketika ditemubual.

Menurutnya perkara ini telah pun ditetapkan oleh Speaker Dewan, dan akan dijawab secara rasmi, pada hari Isnin ujar beliau.

“Namun masalah berlaku, apabila ramai yang bergelar Ahli Parlimen tidak memahami perkara asas menyebabkan berlaku polemik sedemikian. Kebanyakkan Ahli Parlimen menyatakan darurat telah dibatalkal semalam, walhal perkara ini belum lagi berlaku.

“Secara fakta, darurat tidak dibatalkan, ianya diumum secara proklamasi oleh Yang di Pertuan Agong, apabila Tuanku berpuas hati dengan pra syarat barulah pengistiharan darurat boleh dibuat.

Melalui Proklamasi Darurat, satu pengistiharan darurat telah dilakukan, pada 11 Mac sehingga 1 Ogos 2021. Maka sehingga hari ini proklamasi itu masih berkuat kuasa. Menurutnya untuk menamatkan darurat tidak perlu ada notis khas kerana ianya dibuat secara proklamasi yang mempunyai tarikh akhir terbatal secara sendirinya.

Menurut beliau , Proklamasi Darurat yang sedia ada ini tidak boleh disambung dan hanya dah laku sehingga tarikh 1 hari bulan Ogos. Jika kerajaan berhasrat mahu menyambut tempoh darurat, adalah perlu untuk mengeluarkan proklamasi yang baru.

Beliau berkata, selepas mengambil semua ketetapan, kerajaan tidak berhasrat untuk tidak menasihatkan YDPA untuk membuat proklamasi baru.

Oleh itu, seharusnya Ahli Parlimen perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan darurat ini, sebelum membuat sebarang kenyataan dan membahaskannya di sidang Parlimen.

“Ramai yang Ahli Parlimen keliru di antara frasa Proklamasi dan Ordinan Darurat. Ordinan bermaksud undang-undang yang dibuat semasa di dalam tempoh darurat.

Oleh kerana proklamasi Darurat bakal Ditamatkan dengan sendirinya, maka Ordinan Darurat tidak lagi akan digunakan dan ianya dipanggil sebagai revoke,

Walaubagaimanapun menurutnya Ordinan yang tidak dibatalkan oleh kerajaan ianya boleh digunapakai selama 6 Bulan selepas tamat tempoh darurat.

Walaubagaimanapun jika kerajaan mahu menggunakan Ordinan itu sebagai akta, ianya perlu dibawa Di dalam usul Parlimen untuk dijadikan undang undang.

Tamat