Keadaan pendemik COVID-19 bukan sahaja membimbangkan dari segi kesihatan tetapi antara yang terhimpit sama ialah golongan asnaf. Oleh itu, sebanyak sebanyak 200 kiosk Amal Kongsi Rezeki dibuka di seluruh negara bagi membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat Covid-19.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin berkata, beliau menyeru orang ramai untuk turut menyumbang dan berkongsi rezeki dengan cara sedekahkan sebahagian daripada belian keperluan barangan asas masing-masing.

“Melalui cara berkongsi rezeki ini, dapat membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat pendemik COVID-19 ini.

“Cara ini juga memudahkan kepada mereka yang mahu menyumbang dan pada masa sama memudahkan individu terputus bekalan makanan dengan mengambil barangan asas yang diperlukan,” katanya ketika melancarkan Kiosk Amal Kongsi Rezeki di Sabasun 2 Wakaf Tembesu.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut, YB Dr. Alias Razak, Adun Bukit Tunggal yang turut menyumbangkan hasil belian beliau daripada pasaraya berkenaan dan Tuan Haji Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia.

Menurut beliau, kemudahan kiosk itu merupakan kerjasama Majlis Getah Malaysia (MRC) dan Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang disediakan bagi orang ramai membantu mereka yang memerlukan.

Tamat