Langkah mengistiharkan Proklamasi Darurat telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula Isnin ini sehingga 2 Februari 2022.

Menurut titah Baginda, Proklamasi Darurat diisytiharkan bagi mengekang wabak COVID-19 terus merebak. Oleh itu negeri Sarawak akan terus menjalani perintah darurat sehingga tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, Baginda menzahirkan rasa puas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19

Menurut Fasal 1 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam keadaan itu baginda boleh mengeluarkan satu Proklamasi Darurat untuk menggantung PRN ke Dewan Undangan Negeri.

Sepatutnya DUN Sarawak dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Oleh itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Tamat