Tanpa kita sedar tanaman agrokomiditi membawa nilai aset sangat bernilai negara. Tanaman tanaman begini mempunyai nilai kalis musim, kalis sistem ekonomi.

Seperti mana telah dilalui dalam dua tahun kebelakangan ini. Aset komoditi antara yang menyumbang kepada peratusan ekonomi terbesar negara. Biarpun dihujani berbagai masalah apabila virus COVID-19 melanda tanaman seperti sawit, getah, lada hitam,kenaf, koko serta industri perkayuan terus melonjak utuh berdiri secara sendirinya.

Melalui satu hipotesis mudah, bahan tanaman sebegini sentiasa diperlukan di seluruh cabang dunia untuk penghasilan keperluan lain, sama ada, makanan, penjagaan kendiri, kosmetik, produk separa siap, dan produk keselamatan serta keperluan perubatan.

Kini sumber getah kini menjadi sangat berharga, apabila terus dijadikan bahan utama sebagai sarung tangan perubatan yang digunakan dalam mengangani wabak jangkitan COVID-19.

Pola perubahan kadar eksport getah asli Malaysia pada Februari 2020 meningkat sebanyak 13.1 peratus kepada 51,852 tan metrik berbanding 45,827 tan metrik pada Januari.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, produk getah Malaysia mencipta sejarah baharu apabila nilai eksportnya mencecah RM40.96 bilion tahun lalu, paras tertinggi baharu hasil manfaat yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.

“COVID-19 memberi impak lebih positif kepada sektor getah Malaysia apabila nilai eksport melonjak 75.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Prestasi kukuh ini disumbangkan melalui lonjakan eksport barangan berasaskan susu getah yang merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun 95.3 peratus tahun lalu.

Justeru, sarung tangan getah sahaja menyumbang 86 peratus kepada eksport produk getah Malaysia. Industri sarung tangan menyumbang RM35.3 bilion daripada pendapatan eksport 2020, meningkat dua kali ganda atau 103 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Jumlah keseluruhan eksport ke Amerika Syarikat (AS), pasaran terbesar produk getah Malaysia melonjak hampir 79 peratus kepada RM12.96 bilion tahun lalu daripada RM7.25 bilion.

“Pasaran utama lain eksport produk getah negara yang menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam eksport seperti Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 101 peratus, Jepun (64 peratus), United Kingdom (157 peratus) dan China (82.4 peratus).

“Kita komited untuk memperkasakan lagi MRC menerusi satu projek yang boleh meningkatkan kepenggunaan getah dalam negara kita sendiri dan memperkasakan industri tayar di pasaran Malaysia. Industri tayar ini sangat berdaya saing, yang mana, ia bernilai AS$66.6 bilion (RM281.4 bilion) di pasaran global.

“Secara umumnya, Malaysia mengeksport sebanyak AS$300 juta (RM1.27 bilion) sedangkan nilai import kita adalah AS$600 juta (RM2.5 bilion). Ini ketidakseimbangan yang harus kita betulkan dan kita melihat pemerkasaan industri tayar, boleh menyeimbangkan nilai import dan eksport industri tayar negara,” tambahnya.

Seiring dengan masalah peningkatan pendemik COVID 19, Turki mengambil inisiatif mengambil dengan meningkatkan eksport sarung tangan getah daripada Malaysia bagi menampung permintaan di sektor penjagaan kesihatan dan perubatan di Turki.

Menurut Khairuddin beliau berkata, oleh kerana wabak COVID-19 memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat, Malaysia ingin memberikan sokongan untuk memastikan produk yang berkaitan dengan getah untuk tujuan perubatan berada pada kualiti tertinggi.

“Peluang itu juga bertujuan meneroka perkongsian pintar antara dua kementerian membabitkan teknologi getah Malaysia seperti teknologi ‘seismic bearing’ yang mampu menyerap gegaran gempa bumi untuk bangunan tinggi, jambatan, lebuh raya dan platform minyak di laut.

Industri minyak sawit mentah menyaksikan kadar pertumbuhan paling tinggi, apabila ianya juga turut mengundang perbagai spekulasi dalam dagangan dunia kini.

Jika dilihat, ianya pernah seakan ditolak ke tepi oleh EU Kesatuan Eropah, dan kini berdiri unggul apabila menambat hati serta menjadi pilihan utama di serantau Asia dan benua Afrika.

Berdasarkan rekod eksport keluaran pertanian berkembang 40 peratus kepada RM8.81 bilion berbanding Jun 2020 dipacu terutama oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Khairuddin berkata, sebagai contoh Iran antara negara yang mahu meningkatkan import minyak sawit Malaysia sehingga 1 juta tan setiap tahun.

“Mengikut pada tahun lalu, Iran mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 315,699 tan bernilai RM895 juta. Jumlah eksport minyak sawit negara ke Iran meningkat lebih 400 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 iaitu sebanyak 238,683 tan bernilai RM970 juta berbanding 50,889 tan dengan nilai RM131.5 juta sahaja dalam tempoh sama pada tahun 2020,’’ katanyam

Selain itu, Khairuddin berkata, produk sawit tidak hanya tertumpu kepada minyak sawit mentah, tetapi turut memenuhi permintaan ialah isirung sawit yang dijadikan makanan ruminan Di Turki”.

“Mengikut rekod eksport isirung sawit dari Januari sehingga Mei lalu merekodkan sebanyak 730,000 tan dengan nilai sebanyak RM468,000 manakala secara purata dianggarkan sekitar 2.4 juta tan setiap tahun.

“Bagaimanapun rekod tahun lalu menunjukkan, Malaysia berjaya mengeksport sebanyak 2.6 juta tan dengan pasaran tempatan hanya memerlukan 20 peratus daripada pengeluaran isirung sawit negara ini. Negara juga telah mengeksport sebanyak 155,747 tan minyak sawit ke Mesir tahun lalu, peningkatan kira-kira 83 peratus berbanding pada 2019,” katanya.

Pada masa yang sama, negara turut meneroka pasaran baru dengan menjadikan Mesir sebagai hub pasaran minyak sawit yang kukuh dan terbesar di benua Afrika yang bakal menyumbang keuntungan kepada negara.

“Selepas meneliti struktur percukaian minyak sayuran di Mesir membolehkan minyak sawit Malaysia dipasarkan pada harga yang kompetitif.

“Selain itu, Malaysia memasang strategi untuk menembusi pasaran Sudan, Libya, Algeria dan Yaman serta negara-negara jiran yang lain melalui Mesir,” katanya.

Walaubagaimanapun industri sawit negara turut terpalit dengan perbagai tuduhan serta sekatan yang dikenakan oleh pihak EU terutamanya. Namun negara tetap kekal positif dengan mengambil pendekatan baharu dengan membuat pasaran luar.

Bukti dapat dilihat apabila nilai eksport produk sawit dan minyak sawit negara kini berkembang melebihi RM70 bilion tahun lalu berbanding RM67.5 bilion yang dicatatkan pada tahun 2019 lalu sekali gus menyangkal dakwaan kebergantungan dengan negara EU serta AS.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit meningkat 0.7 peratus kepada 17.5 juta tan sehingga tahun 2021 berbanding 17.37 juta tan pada tahun 2020

Menurut Khairuddin walaubagaimanapun diboikot EU Malaysia ditawarkan tender untuk mengeksport sebanyak 27,000 tan metrik sawit ke Ethiopia. Malaysia juga meningkatkan kuantiti eksport sawit ke India sebanyak 67 peratus daripada 2.67 juta tan pada 2018 kepada 4.46 juta tan pada 2019.

“Walaupun ada negara membuat keputusan tidak menerima minyak sawit dari negara ini namun ia tidak akan menjejaskan pasaran eksport minyak sawit negara yang kini berjumlah 20 juta tan sehari.

“Belgium tidak terima tapi kita ada banyak negara lain, ada negara yang telah bertemu dengan kita seperti Afghanistan yang bersedia untuk menambah import minyak sawit dari negara kita iaitu dari 75,000 tan akan sampai 100,000 tan,” katanya.

Dalam satu kenyataan eksport minyak sawit negara meningkat sebanyak 26.9 peratus iaitu RM17.12 bilion untuk tempoh Januari hingga April 2021 berbanding RM13.49 bilion dalam tempoh sama pada tahun 2020.
Industri minyak sawit Malaysia merupakan sektor ekonomi utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada 2020, industri ini menyumbang sejumlah RM73.25 bilion daripada hasil eksport dengan sumbangan KDNK sebanyak 3.6 peratus. Malaysia juga menyumbang sebanyak 26 peratus kepada pengeluaran minyak sawit dunia dan 34 peratus kepada jumlah eksport minyak sawit dunia pada tahun 2020.” ujar beliau.

Tidak cukup dengan sawit tanaman komoditi industri juga memberi banyak sumbangan pada negara. sektor koko menyumbangkan sebanyak RM1.64 bilion kepada KDNK. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding RM1.56 bilion pada tahun sebelumnya.

“Sektor koko Malaysia kini memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Koko secara khususnya menyumbang sebanyak RM6.23 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun 2020 atau 0.1% kepada KDNK negara. Pada tahun 2019 dicatatkan pendapatan daripada eksport pembuatan coklat sebanyak RM1.14 bilion iaitu 17.3 peratus.

Manakala bagi produk-produk koko merekodkan peningkatan sebanyak 10.6 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Ketika ini, keluasan tanaman koko negara adalah 5,897 hektar yang mampu menghasilkan 1,500 tan koko setahun untuk eksport serta pasaran dalam negara,” katanya

Teknologi kajian Lembaga Koko Malaysia LKM telah menghasilkan 17 produk yang dikomersialkan seperti produk kecantikan serta penjagaan diri yang berada di pasaran.

Menurut Khairuddin berkata, untuk tempoh jangka masa panjang negara akan memberi tumpuan untuk menjadi pengeluar biji koko tunggal dan berkualiti premium.

“Malaysia sendiri sudah memastikan biji koko tempatan mematuhi Piawaian Malaysia, peraturan dan piawaian antarabangsa yang lain termasuk keselamatan makanan” katanya.

Kenaf antara penyumbang untuk sektor agrikomoditi ini apabila mencatatkan pendapatan eksport sebanyak RM68.1 bilion atau 17.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tempoh Januari sehingga April 2021.

“Nilai eksport komoditi turut mencatatkan pertumbuhan yang memberansangkan dengan peningkatan sebanyak 66.5 peratus berbanding 40.9 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2020.

Tidak hanya tertumpu kepada sesuatu sektor, agrokomiditi turut berkembang pesat melalui prestasi eksport produk lada negara kekal positif dengan nilai eksport pada Januari – April 2021 adalah sebanyak RM42.1 juta.

“Prestasi eksport produk lada kini semakin berkembang dengan nilai eksport yang begitu positif. Ianya pada masa yang sama bakal meningkatkan ekonomi penduduk negeri Sarawak.

Sektor perkayuan juga menyasarkan nilai eksport kayu dan produk itu pada tahun ini akan meningkat kepada RM23 bilion berbanding RM22.02 bilion yang dicatatkan pada tahun 2020.

Khairuddin berkata, KPKK yakin prestasi eksport mampu mencapai RM23 bilion pada 2021 terutama dengan adanya vaksin yang dijangkakan dapat meredakan pandemik COVID-19” ujar beliau.

“Dengan pemulihan ekonomi di negara pengimport utama kayu dan produk kayu seperti di Amerika Syarikat (AS) dan China serta kadar permintaan dari negara lain yang semakin meningkat akan memacu industri kayu kekal positif sepanjang 2021”.

“Prestasi eksport sektor perkayuan masih mencatatkan pencapaian yang baik pada 2020 meskipun berdepan pandemik COVID-19 dengan nilai eksport berjumlah RM22.02 bilion, dua peratus lebih rendah berbanding RM22.5 bilion pada 2019,” katanya.

Pasaran utama bagi sektor perkayuan yang menunjukkan peningkatan ialah AS dan China, dengan kedua-dua pasaran itu menyumbang sebanyak 44 peratus dari eksport keseluruhan Malaysia.

AS mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus kepada RM7.4 bilion berbanding RM5 bilion pada 2019 dan China pula mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus kepada RM2.3 bilion berbanding RM1.8 bilion tempoh yang sama pada 2019.

Kerajaan Malaysia berpandangan pada masa akan datang negara Mesir, bakal menjadi hub Timur Tengah dan pasaran Asia Tengah untuk subsektor kayu-kayan.

Tamat