Masih tidak tahu motif sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan di Stadium Merdeka.

Tunjauan mendapati kumpulan berkenaan dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

Pihak polis turut juga dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.

Menurut pemerhatian terdapat satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.

Walaubagaimanapun motif sebenar masih tidak dapat diketahui, individu yang menjadi tulang belakang pergerakan ini masih tidak menonjalkan diri.

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi.