Enam keluarga anggota Pasukan Gerakan Am PGA yang meninggal ketika berkhidmat terus dibantu sebagai salah satu menanjukkan penghargaan kepada mereka sempena Hari Pahlawan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengorbanan mereka sebagai pasukan menjaga keamanan negara langsung tidak dapat dibalas.

“Sumbangan pahlawan negara amat bernilai kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia, sehinggakan kita mencapai kebahagian sehingga ke hari ini.

“Oleh itu sebagai menghargai jasa-jasa jasa pahlawan negara marilah kita semua keprihatinan buat keluarga kehilangan suami yang berjuang demi mempertahankan negara tercinta,” katanya ketika menyampaikan sumbangan khas di Pejabat Pasukan Gerakan Am Polis Batalion 9 sebentar tadi.

Turut hadir dalam penyerahan tersebut, Supt. Nor Azizan b. Yusof, Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, DSP Ismail b. Sidek, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 9, dan ASP Mohd Hisham b. A Rahman, Ajutan Batalion 9, Pegawai Pegawai Kanan Batalion 9.

Tamat