“Rakyat berhak mengecam tindakan Himpunan Haram Baju Hitam Di Dataran Merdeka” itu antara kata yang diperkatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali apabila mengeluarkan satu posting di laman Facebook beliau.

Semua orang tahu, frontliner yang bertugas semakin penat apabila berhadapan dengan varian baru virus COVID-19 jenis Delta yang semakin menggila.

Khairuddin berkata, dalam kekalutan menyelesaikan situasi pendemik ini ada sebahagianya mengambil peluang bagi menghasut dan menyebarkan doktrin jahat untuk memanipulasi golongan tertentu berkumpul serta berdemo di jalanan.

“Kini sudah ada pihak yang tidak bertanggungjawab berpolitik dalam situasi covid dengan Himpunan Haram Baju Hitam di Dataran Merdeka melanggar Akta Perintah Kawalan Pergerakan”.

“Ini bakal mencetuskan Kluster baru lagi besar; “Kluster Baju Hitam”. Sudahlah 11 kes positif dikesan hasil 4 hari sidang Dewan Rakyat selepas saringan 1183 individu di Parlimen pada 29hb Julai 2021.”

“Himpunan besar 400 penunjuk perasaan berbaju hitam berhati hitam sebegini pula menambahkan lagi kepenatan barisan hadapan. Rakyat berhak mengecam tindakan tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Menurutnya beliau berkata selama dua bulan Jun dan Julai, pihak kerajaan berusaha mengawal pergerakan rakyat demi menangani perebakan covid-19.

“Di saat kes masih mencanak di Selangor dan Kuala Lumpur pihak tidak bertanggungjawab ini berani membuat demo, mereka ini perlu diambil tindakan segera bagi menghentikan penularan wabak COVID 19,” katanya.

Tamat.