Hati mana tidak tersentuh apabila melihat seorang ibu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) hanya tinggal bersama anak remajanya berusia 16 tahun.

Norliza Abdullah 48, bagaikan terpaku melihat kedatangan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebaik membuka pintu rumahnya.

Khairuddin berkata, pihaknya membuat kunjungan sambil mengambil peluang memeriksa keperluan rakyat, bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat di
disantuni.

“Berdasarkan pemerhatian rumahnya yang usang akan dibaik pulih secepat mungkin bagi membolehkan mereka hidup selesa secara lebih baik.

“Daripada pemerhatian kunjung ke rumah kita mendapati ada atap yang bocor perlu ditukar ganti, dan inilah waktunya pemimpin perlu membantu rakyat,” katanya.

Melalui data awal yang diterima, Norliza hanya menampung hidup dengan menoreh getah, dengan inisetif Ustaz Manaf, pengerusi JPKK Gemuroh, keluarga Puan Norliza kini mendapat bantuan MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katany menerusi satu posting di laman Facebook beliau.

Menerusi program berkenaan Khairuddin juga pada masa sama turut menyantuni beberapa rumah Di sekitar kampung berkenaan.

Khairuddin pada masa sama berkata, beliau berada lega dapat melihat senyuman Puan Norliza disebalik penat jerih kehidupan yang dilalui sebelum ini, katanya.

Menurut Norliza berkata, dia berterima kepada Dr Khairuddin di atas kunjungan berkenaan dan keprihatinan yang diberi.