Pekerja asing terbabit dalam industri yang dijangkiti wabak COVID 19 Di negara ini masih lagi terkawal.

Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, mengikut statistik yang terbaru, setakat ini tidak lebih 200 daripada keseluruhan 80,000 pekerja asing di sektor berkenaan didapati positif Covid-19.

“Kementerian menunggu angka tepat daripada pihak berwajib, namun tindakan pantas KPPK dengan memulakan program vaksinasi awal di kalangan pekerja ladang mampu menghalang kadar jangkitan sedia ada.

“Saya difahamkan keadaan di sektor perladangan ketika ini adalah terkawal,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan di Kampung Gemuruh di sini pada Sabtu lalu.

Melihat kepada peratusan angka jangkitan virus berkenaan dilihat kecil berbanding jumlah keseluruhan pekerja asing di peringkat ladang yang mencecah 80,000 orang.

Beliau berkata, walaupun jumlah mereka yang yang dijangkiti adalah kecil, pihaknya tidak memandang ringan kepentingan vaksinasi di kalangan pekerja ladang.

“Kita kini bekerjasama dengan pemain industri iaitu Kumpulan Sime Darby di Selangor dan TDM di Terengganu untuk menggerakkan proses vaksinasi secara besar besaran.

“Langkah tersebut bagi memastikan kesemua 200,000 pekerja ladang mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya yakin akan mencapai imuniti kelompok bagi kesemua pekerja ladang menjelang Oktober ini.

“Langkah ini sejajar dengan sasaran kerajaan memastikan imuniti kelompok dapat dicapai meliputi 100 peratus daripada golongan dewasa di negara ini seawal Oktober ini,” katanya.

Tamat