Sudahlah bertikam sesama sendiri wahai bangsaku,

Hulu Keris disisip tunduk, tapi falsafahnya berdiri, Membawa seribu erti buat makanan rohani, Kita mati bukan dengan harakiri, Ada prinsip dipegang sampai mati. Bukannya boleh ditalkin sendiri, Perlukan jemaah usung keranda nanti.

Begitu jua dengan jasad serta jasmani, Perlukan tauhid memimpin akal nanti, Ini ujian Tuhan untuk kita hadapi,  Sekadar melihat, dengan siapa kita bergantung hati.


Ya Benar, nyata sepadu buat kita berani, Dengan contengan sepanduk gergasi, Rempuh di  jalan tak kira kanan dan kiri, 

Tapi sayang semua pak turut tiada berisi,  Sukar mengenal, zoo dan kota raya kini, Menunggu masa lokap jua yang menanti,

 
Sedarkan mereka yang menuntut revolusi, Buat apa mengikut cara luar negeri,  Bukan dengan demo mahupun bunuh diri, Berdemo sana sini langsung tak  ikut SOP, Sekadar berkawat berjalan covid pun tak lari,. Jadi punca cluster baru kejap lagi.

Kita punya adab rumpun kita sendiri,  Berpaksi syarak dengan irama kita menasihati,  Raja dijunjung, bersama pertiwi,  Usah biar memori lama berdarah kembali. Kerana kita bangsa yang punyai maruah diri.

Pena Klasik