Kekalutan apa yang sebabkan kerunsingan ini?
Pak Menteri runsing masalah negara tak pernah berhenti,
Masalah covid kini bertambah lagi,
Portfolio masing masing kini sedang dipenuhi,
Kerana budget melawan covid mencanak tinggi,
Sebab ramai tak peduli SOP,
Yang pembangkang juga runsing nak melalak sana sini,
Kononnya nak bantu, tapi nak pelepas diri,
Tapi runsing didakwa di mahkamah nanti,
Terpaksa cipta isu dan agenda itu dan ini,
Perlu cover line, takut terkantoi nanti,
Hai semua, lupakah kita pada hero tanpa cuti?
Berpanas berhujan dari malam hingga ke pagi,
Runsing sebab ada cuba rentas negeri,
Cipta alasan, tapi cari maut menanti,
Itu pun ada yang mahu berkata sinis,
Bagaikan luka diperah limau nipis,
Runsing apa jika hanya bermulut manis?
Ada terkorban kerana covid sukar ditepis,
Barulah kerja dan khidmat bersemangat kembali, Tunjukkan frontliner mereka dihargai,
Buatkan hati mereka berbunga lagi,
Usah runsing dikomplen sana dan sini,
Bulatkan tekad agar tiada yang mati,
Tahniah mereka bertarung keringat pucat lesi,
Mereka manusia dan bukannya besi,
Ada yang hanya tersadai dalam PPE,
Hingga makan perlu disuap kerana tak daya lagi,
Teringat suami hanya dilambaian hati,
Begitu juga yang dambakan layanan isteri,
Riuh senda anak dalam telefon hanya diperhati.
Jangan runsing, jika kerja di rumah pun tak buat lagi,
Itu semua soal pilihan isi hati,
Salahkan PKP alasan mudah kini,
Katanya duduk rumah pun rasa nak lari,
Cerita dok gebang sana dan sini,
Takut divaksin hanya sembang kari,
Kononnya itu agenda sang illuminati,
Fikirkan mereka yang tak makan lagi,
Runsing hanya kira tembolok sendiri,
Melalak melolong kononnya menyokong parti,
Sedangkan mereka asyik mengkhianati,
Jangan ingat Allah tak ambil peduli,
Runsing jika ada yang berlarak lagi,
Itu punca cluster baru menanti,
Kononnya hebat sepanduk revolusi,
Silap hari bulan jadi jenazah pula nanti,
Ada yang kata, pilih jalan demokrasi,
Tak cukup puas dengan pimpinan kini,
Mahu bentuk Parlimen sesuka hati,
Padahal mahu menggunakan proksi,
Tak wujud sifat malukah perasaan di hati,
Mereka marah katanya nak buat kerja lagi,
Sedangkan mahu kepentingan peribadi,
Sedangkan Parlimen ditutup diberi cuti,
Nak elakkan covid dari bercambah lagi,
Mujurlah kini peruntukan ada lagi,
Terbit rasa lega perasaan di hati,
Syukur Allah beri makanan lagi,
Sambutlah dengan syukur pada Ilahi.
Sambil makan sila perhati jiran kanan dan kiri,
Bimbang ada yang mengikat perut lagi,
Takkan kurang rezeki sama dikongsi,
Itu janji Tuhan pada semua Yang memerhati,
Pena Klasik