Melihat kepada sejarah lampau dunia, umat Islam seharusnya belajar sesuatu, iaitu seharusnya mempunyai pendirian sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri seperti hari ini.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, berlakunya pertembungan dalam kalangan manusia adalah fitrah alam yang tidak berubah sejak keluarga terawal Nabi Adam AS, tetapi cara pendekatan dan pemainannya mengalami perubahan.

“Sehingga kini, pertembungan dalam negara dan bangsa sehingga pertembungan antara kuasa besar adalah perkara biasa,”.

“Namun kita wajib punya kesedaran sendiri untuk menjadi negara yang kuat kerana Islam pernah menjadi kuasa besar yang adil kepada seluruh manusia setelah berjaya menumbangkan dua kuasa besar,”.

“Oleh itu, Malaysia wajib berwaspada dalam pergolakan politik antarabangsa terkini, di mana wujud pertembungan antara kuasa besar Barat, Amerika dan sekutunya yang berdepan dengan kuasa besar Timur khususnya China,” katanya melalui laman Facebook rasmi milik beliau.

Ini kerana jika dilihat kuasa besar terkini Amerika dan sekutunya merancang strategi bagi mencari negara yang jauh daripadanya untuk menjadi barisan hadapan pertahanan khususnya di negara Asia Tenggara.

Menurut beliau, Malaysia yang terletak antara Laut China Selatan dan Selat Melaka bakal mengulangi senario Perang Dunia Kedua dalam bentuk baharu dengan menyediakan kerajaan yang bersedia menjadi proksi kepadanya dan mendukung para pemimpin dan parti politik yang bersedia menubuhkan kerajaan proksinya.

“Sebagai contoh mudah mereka kuasa besar seringkali menjadikan tanah jajahannya sebagai pengkalan hadapan bagi menghadapi pihak musuh.

Dasar monopoli ini merupakan strategi yang seringkali digunakan dalam sejarah perang dunia bagi mengelak tanah airnya sendiri daripada menjadi sasaran secara langsung” katanya.

Oleh itu Haji Hadi berkata, ini seiring dengan satu peringatan Allah melalui Surah Ibrahim “Dan sesungguhnya mereka telah membuat perancangan jahat yang besar padahal di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka itu. walaupun sesungguhnya perancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46) Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47)” [ 46-47]

“Oleh yang demikian umat Islam digesa bersatu padu dan menepikan fahaman politik masing-masing ini disebabkan apabila meletuskan krisis risiko korban kalah atau korban menang di pihak Berikat bukan daripada kaum bangsa mereka sendiri, tetapi statistik menunjukkan mangsa korban yang paling ramai adalah anak negeri jajahan, sama ada rakyat yang dikerah menjadi tentera penjajah atau rakyat umum,” katanya.

Di era penjajahan baru secara yang menyaksikan media yang ditaja pihak asing dan tidak berakhlak, sebagai penyebaran agenda dan propaganda senjata sulit yang halus diberi peranan untuk mempengaruhi rakyat supaya tidak ada kepekaan politik yang sedar dan insaf.

“Media tersebut digunakan untuk melekakan rakyat supaya terlupa bakal menjadi sasaran dan mangsa korban percaturan politik kuasa besar tersebut.

“Rakyat wajib berwaspada terhadap para pemimpin dan parti politik yang berpegang kepada kaedah matlamat menghalalkan segala cara. Rakyat juga perlu sentiasa berwaspada terhadap bala tentera upahan khususnya media tajaan pihak asing yang memainkan peranan dengan bayaran upah yang semahal-mahalnya bagi menjayakan agenda mewujudkan kerajaan proksi yang boleh digunakan tanpa peduli rakyat yang menjadi korbannya,” katanya

Menurut beliau rakyat mesti menolak parti dan pemimpin yang dicaturkan oleh pihak lain. Jadilah umat yang merdeka sepenuhnya. Selamatkan negara daripada dipergunakan rakyat dan tanah air oleh mereka. Jangan ulangi sejarah hitam yang menyedihkan. Tegakkan negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat.

“Walaubagaimanapun kita harus bersedia menghadapi serangan pemikiran melalui media upahan menghakis kesedaran politik, sekurang-kurangnya menjadikan orang tidak mempedulikan kepada politik kerana bosan dengannya, sehingga meninggalkan kewajipan mempertahankan kuasa yang menyelamatkan umat. Akhirnya kuasa jatuh ke tangan mereka yang menjadi alat kepada musuh tersebut.

“Namun serangan pemikiran melalui media upahan menghakis kesedaran politik, sekurang-kurangnya menjadikan orang tidak mempedulikan kepada politik kerana bosan dengannya, sehingga meninggalkan kewajipan mempertahankan kuasa yang menyelamatkan umat. Akhirnya kuasa jatuh ke tangan mereka yang menjadi alat kepada musuh tersebut,” katanya.

Serangan pemikiran ini memang berlaku di hadapan semua hari ini. Masakan tidak kita menyaksikan segerombolan anak muda berbaju hitam, berkumpul berarak memprotes dalam keadaan virus COVID-19 sedang menular.

Ini jelas, mereka diatur gerak oleh gerakan tertentu yang meracuni pemikirkan melalui doktrin palsu melalui media luar tanpa peduli berkenaan adab mahupun tatasusila.

Haji Hadi berkata, maka bacalah media dengan penuh kesedaran dan bijak sehingga memahami segala yang tersirat, bukan sahaja yang tersurat.

“Khususnya kita berada pada zaman fitnah yang banyak kebohongan yang mengelirukan dengan peranan media yang menjadi senjata perang yang meruntuhkan jati diri,” katanya.

tamat.