Seramai 410 orang penduduk sekitar Masjid Gemuroh kini diberikan suntikan dos pertama untuk program hari ini di Kuala Nerus.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ini adalah bertujuan bagi mencapai 62% populasi rakyat menerima vaksin dos pertama.

“Program ini adalah salah satu kempen secara besar besaran untuk mempercepatkan kadar vaksinasi sekali gus mencapai tahap imuniti kelompok.

“Sekali gus dapat memudahkan bagi mereka yang mahu mendapatkan vaksin terutamanya bagi golongan warga emas serta golongan kurang upaya OKU, ” katanya ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV Outreach) Masjid Gemuroh yang dianjurkan oleh Majlis Getah Malaysia dengan Kerjasama Persatuan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA).

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Hishamuddin Abdul Karim, CEO Majlis Getah Malaysia,En. Nurul Islam Mohamed Yusuf, Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr Zuraizi Jaafar.

Dr Khairuddin berkata, beliau mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua sukarelawan dan yang terlibat terutamanya PAPISMA yang membawakan doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan.

“Terima kasih juga kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus yang berusaha keras mempercepatkan proses suntikan vaksin untuk penduduk Kuala Nerus,” katanya.

Tamat