28700 keluarga terpaksa berhadapan dengan krisis masalah air di Parlimen Kuala Nerus Dan Dun Batu Rakit sejak Isnin lalu apabila pam bersaiz 1,200 mm pecah di dasar Sungai Terengganu.

Hal ini menyebabkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terpaksa mengambil tindakan pantas bagi mengatasi kemelut masalah air yang melanda rakyat.

Dalam usaha mengatasi kemelut keperluan air berkenaan beliau menghubungi setiap saluran bantuan bagi mempercepatkan proses penghantaran air kepada penduduk terlibat.

Menurutnya Pusat Khidmat DUN dan Parlimen Kuala Nerus telah membuka bilik-bilik gerakan masing-masing bagi menyelaraskan semua gerak kerja menangani situasi dan memastikan bekalan air terus dinikmati oleh rakyat.

“Melalui usaha berkenaan pihak saya mendapat kerjasama daripada Malaysia Rubber Council (MRC), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syarikat Air Terengganu (SATU), PK Nerus, PKM Pemuda termasuk Jabatan Amal, Muslimat dan Ulamak serta NGO Dun-Dun, JPKK, terlibat.

“Setakat ini lebih 6 juta liter air kini telah diagihkan semasa krisis air Kuala Nerus dengan bantuan pelbagai pihak, dan Alhamdulillah rakyat berpuas hati menerima keperluan air.

“Pada masa sama, Kita turut memberi bantuan air minuman bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan air bersih yang boleh terus diminum bagi memastikan kesihatan mereka tidak diabaikan terutamanya di musim wabak pendemik ini,” katanya ketika ditemui semasa menyantuni sukarelawan terlibat sekitar jam 3 pagi semalam.

Menurutnya beliau telah merangka strategi dalam usaha memudahkan penghantaran bekalan air termasuklah menggunakan lori tangki sedia ada.

Khairuddin berkata, selain menggunakan lori tangki daripada pihak SATU, kita juga turut menggunakan perkhidmatan pihak Bomba, MRC serta lori tangki yang disewa khas dan ‘pasukan mobile 4×4’.

“Alhamdulillah, melalui kerjasama erat kita berjaya mendapatkan bantuan daripada Majlis Getah Malaysia yang menyediakan 2 tanker berkapasiti 40,000 liter. 15,000 tong air 18 liter sedang dibekalkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus untuk diedarkan rumah ke rumah oleh JPKK masing-masing.

Pada masa sama turut menyediakan 117 tangki air berkapasiti 500-600 galen di setiap kampung dan JPKK untuk bekalan air diambil sendiri oleh rakyat.

“Sehingga hari ini, pihak bomba juga sudah menyalurkan air sebanyak 483,500 liter dan pihak SATU sudah mengerakkan 14 lori tanker setiap hari bermula hari pertama kejadian, dan ini membuktikan kejayaan kerjasama segenap pihak dalam mengatasi berbagai krisis masalah sekiranya kita dapat bersatu,” katanya.

Menurut beliau berterima kasih melalui kerjasama semua pihak bersatu dan bantuan daripada 20 lori air daripada Pengurusan Air Pahang Berhad, Air Kelantan Sdn Bhd, Lembaga Air Perak, Syarikat Air Melaka Berhad, Syarikat Air Johor, Syarikat Air Darul Aman dan Syarikat Air Negeri Sembilan.

“Kita melihat usaha murni terutamanya Jabatan Amal Malaysia membawa tangki air dengan kapasiti 500-600 galen yang bergerak ke kampung-kampung terus ke rumah-rumah yang memerlukan air menggunakan 47 buah lori-lori kecil dan pacuan 4 roda dengan lebih cepat.

“Bilangan lori dan pacuan 4 roda sedang dipertingkatkan lagi menerusi bantuan sukarelawan. Bekalan air juga diambil daripada pili-pili bomba yang dibenarkan dan juga daripada lori-lori tanker serta bekalan air berpusat di bilik-bilik gerakan di Seberang Takir, Tepoh, Buluh Gading dan Bukit Tunggal.

“Air minuman juga sedang diedarkan kepada rakyat. Sebanyak 4000 tong air 18 liter telah disumbangkan oleh Khidmat Malaysia Kuala Terengganu di bawah YB Ust Wan Sukairi dan YB Ust Khalil disamping sumbangan air minuman daripada beberapa YB ADUN yang lain,” katanya.

Menurutnya antara lokasi terlibat Dalam krisis masalah gangguan bekalan air ialah, Dun Buluh Gading, Dun Tepoh, Seberang Takir, Dun Bukit Tunggal, Dun Tepoh.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan tindakan pantas YB ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN; YB Ust Hishamudin Abdul Karim, YB Ust Ridzuan Hashim, YB Dr Alias Razak dan Hj Fadzil Abdul Wahab dan YB Shaharizukirnain; Ahli Parlimen Seti

“Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana dapat mengatasi kemelut air segera dengan bantuan daripada semua pihak dalam usaha memberi yang terbaik buat rakyat.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban rakyat di Kuala Nerus dalam setiap aspek,” katanya.