Berbagai usaha dijalankan bagi mempercepatkan proses agihan air bersih kepada rakyat sekitar Kuala Nerus, yang mengalami masalah gangguan bekalan air akibat kerosakan paip utama hulu Sungai Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan pembelian dua mesin pam air yang berkuasa tinggi bagi mempercepatkan proses menghantar air.

Menurut beliau berkata mesin pam air berkenaan mampu menyedut air sebanyak 800 gelen dalam masa 15 minit sahaja dan mempercepatkan isian tangki untuk diagihkan kepada Pusat Bekalan Air Dun Seberang Takir.

“Kita mahu semua penduduk mendapat bekalan air secara pantas dan sistematik. Oleh itu, pembelian pam air ini merupakan salah satu antara langkah terbaik bagi memenuhi keperluan yang ada sekarang.

“Pada masa sama pihak saya akan berusaha semampu mungkin bagi membantu rakyat yang kesimpatan sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau turut mengambil langkah mendapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk turut membantu agihan air bersih di sekitar Kuala Nerus.

Menurutnya bermula lewat malam semalam, tindakan pantas APM menggerakkan sebuah jentera untuk mula masuk ke taman-taman perumahan.

“Tengahari ini sebuah lagi jentera APM akan digerakkan bagi memastikan bekalan air dapat sampai kepada penduduk dengan segera,” katanya.