Walaupun sibuk dengan menguruskan sistem penghantaran air di Kuala Nerus, Ahli Parlimennya, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak pernah putus mendoakan kejayaan buat anak Terengganu Datuk Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul pulang kejayaan ke kampung halaman.

Dr Khairuddin berkata, beliau sangat bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh anak kelahiran Tengganu sekali gus, membuktikan negeri berkenaan tidak pernah putus dalam melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia.

“Tahniah diucapkan buat Azizulhasni Awang, yang berani menggalas cabaran besar, membawa nama Malaysia ke Sukan Olimpik di Tokyo, Anda Tetap Juara Di Hati Kami.

“Saya sendiri terasa sangat gembira selepas mendapat khabar berita ini. Berita ini seakan-akan menghilangkan penat selepas berkerjasama dengan semua pihak bagi menguruskan keperluan air di sini.

“Kejayaan hari ini, datangnya dari usaha gigih semua pihak, dan Alhamdulillah berkat doa semua, ia memberi makna besar terutamanya buat rakyat Malaysia,” katanya

Menurutnya kejayaan ini membawa seribu erti apabila melihat Jalur Gemilang gah dinaikkan katanya.

Tamat.