Berlabuhlah mentari Zulhijjah 1442 dan tirai baru Muharam 1443 kini dibuka secara fitrahnya mengikut peredaran masa dengan keizinan Allah Taala.

Demi masa, sesungguhnya manusia Dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebaikan dan sabar. Surah Al-Asr 1-3.

Disebalik berbagai kisah suka dan duka ini berpeganglah dengan teguh pada tali persaudaraan sesama Islam tanpa perlu kita bertelagah sesama sendiri yang akhirnya membawa jurang kehancuran umat.

Sebaliknya kita perlu yakin dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan Allah, dan berusaha membaiki diri sendiri bukannya saling menuding jari terhadap satu sama lain.

Namun Alhamdulillah, Yang Maha Esa masih memberi peluang kita merenung kembali atas apa yang kita lakukan. Maka di sinilah perlunya ada titik perubahan baharu secara amnya.

Hendaklah kita mengimbau kembali perjalanan Nabi Muhammad SWT dalam memulakan misi hijrah membentuk negara Islam di Madinah. Peristiwa yang Sama berlaku di Malaysia, cuma latar masa, lokasi, dan pelakunya berbeza. Perlu ada pengorbanan yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Kita tidak digemparkan dengan sebarang berita malapetaka tetapi ianya masih menghantui semua seiring kehidupan sejak hujung 2019 sehingga kini.

Kita pernah mencapai sifar jangkitan COVID-19 di Malaysia dengan SOP ketat, namun keganasan varient baru merubah landskap itu. Ianya tidak sekadar merobohkan benteng pertahanan diri warga emas, tetapi kini turut meragut nyawa mereka yang muda dan sihat fizikalnya.

Dikala inilah kita perlu memasang angan-angan dan cita-cita agar wujud harapan untuk bersedia meruntuhkan kembali bilangan kes COVID-19 supaya ekonomi terus berkembang pesat dan peladang, petani mampu menjana pendapatan seperti tanaman komoditi sawit serta getah.

Allah tidak pernah zalim, didatangkan dugaan selama dua tahun ini, tapi membawa kadar keuntungan baru buat petani. Era kebangkitan harga getah kini bermula.

Permintaan terhadap getah asli meningkat, apabila ianya dijadikan sumber utama dalam memenuhi keperluan perlindungan diri di sektor perubatan.

Graf permintaan getah menunjukkan menunjukkan ianya kini berada di paras tertinggi dalam sejarah. Menurut Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, produk getah Malaysia mencipta sejarah baharu apabila nilai eksportnya mencecah RM40.96 bilion tahun lalu, paras tertinggi baharu hasil manfaat yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.

“Seiring dengan masalah peningkatan pendemik COVID 19, Turki mengambil inisiatif mengambil dengan meningkatkan eksport sarung tangan getah daripada Malaysia bagi menampung permintaan di sektor penjagaan kesihatan dan perubatan di Turki,”.

Tidak hanya sekadar industri tanaman komoditi getah, situasi selama dua tahun ini, membuktikan taktik boikot minyak sawit mentah oleh Kesatuan Eropah (EU) dilihat sebagai gagal. Ini kerana mereka terpaksa bergantung harap terhadap (MSM) sebagai solosi medium pencuci serta produk kesihatan serta makanan.

Dr Khairuddin berkata, berdasarkan rekod eksport keluaran pertanian berkembang 40 peratus kepada RM8.81 bilion berbanding Jun 2020 dipacu terutama oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

“Mengikut pada tahun lalu, Iran mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 315,699 tan bernilai RM895 juta. Jumlah eksport minyak sawit negara ke Iran meningkat lebih 400 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 iaitu sebanyak 238,683 tan bernilai RM970 juta berbanding 50,889 tan dengan nilai RM131.5 juta sahaja dalam tempoh sama pada tahun 2020,’’ 

Namun kita tetap diuji bagi melihat sejauh mana keimanan ketakwaan kita. Tidak hanya dengan jumlah COVID-19 tetapi dengan masalah air di Kuala Nerus disebabkan kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu.

Namun, Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak, ianya bakal diselesaikan pada Rabu ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya pihak Syarikat Air Terengganu SATU, Majlis Getah Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, PKM Pemuda termasuk Jabatan Amal, Muslimat dan Ulamak serta NGO Dun-Dun, JPKK, terlibat.

Khairuddin berkata, bagi memudahkan proses pengangkutan dan penghantaran air ke setiap lokasi, pihaknya menggunakan kaedah sistem tersendiri selain ianya mampu mengelakkan berlakunya perhimpunan orang ramai.

“Kita sudah menambah kapasiti tangki statik yang ada sekarang. Setakat ini pihak saya sudah bekalkan 80 unit tangki berkenaan untuk Kuala Nerus, dan saya minta lagi tambahan sebanyak 40 unit bagi melancarkan proses penghantaran air.

“Pada masa sama saya turut meminta untuk menambah tangki yang ‘mobile’ melalui ‘pick up’ dan lori yang sedang bergerak sekarang. Kesemua peruntukan kini sekitar RM 400,000 bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih.

“Sistem ini menjadikan tangki kecil digunakan untuk menghantar bekalan. Kita juga menyediakan dua ‘tanker’ besar berkapasiti 40,000 liter setiap satu, sebagai sokongan kepada sistem diguna pakai sedia ada,” katanya.

Walaubagaimanapun, di kala menempuh kekalutan ini, Allah memberikan satu kejayaan buat semua rakyat Malaysia apabila Datuk Azizulhasni Hasni Awang berjaya membawa nama Malaysia di kejuaraan Olimpik menerusi acara keirin.

Syabas dan tahniaah diucapkan, terasa hilang penat lelah menguruskan keperluan air di Kuala Nerus apabila menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di Tokyo.

Moga Allah memberi ganjaran terbaik kepada mereka semua serta menjadi permulaan yang baik umat Islam amnya.

MANHAJ ROBBANI, UMMAH BERKUALITI

Tamat