Sebanyak 4500 Pek Bantuan Prihatin Parlimen Kuala Nerus telah Disalurkan untuk kawasan PKPD di Dun Buluh Gading bagi memberikan bantuan keperluan makanan serta barangan dapur.

Ahli Perlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pek bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban rakyat yang pada masa sama turut berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.

“Melihat kepada situasi yang melanda Dun Buluh Gading, yang mempunyai 19 kampung dibawahnya, maka amatlah wajar untuk kita terus menyalurkan Pek Bantuan Prihatin berkenaan.

“15 kampung di sana turut diisytiharkan sebagai kawasan terlibat PKPD oleh itu, kita faham, mereka sukar mendapatkan bekalan makanan asas, dan adalah menjadi tanggungjawab kita menyediakannya.

“Pek Bantuan Prihatin ini meliputi makanan asas, seperti beras, minyak, gula, kopi, telur, sos, kicap, bihun, serta beberapa beberapa bekalan basah untuk sepanjang tempoh berkenaan, katanya ketika dihubungi.

Dr Khairuddin Aman menyalurkan Pek Bantuan Prihatin melalui Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus oleh Setiausaha Politiknya; Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddindengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Buluh Gading

Sementara itu, beliau turut mengulas keadaan bekalan air yang tambahan serta proses pembaikan paip yang dijangka selesai hari ini .

“Melalui kerjasama semua pihak Pusat Bekalan Air Dewan Serbaguna Tepoh beroperasi 24 jam. Stok air tertakluk kepada ketibaan treler ulang alik dari Loji Kepong untuk penuhkan.

“Setakat pukul 3.00 semalam sekarang, semua tangki takungan di Dewan Tepoh dalam keadaan penuh dan siap sedia untuk memenuhi keperluan Lori Mobile.

“PK Nerus, PKM DUN Tepoh, Buluh Gading dan Seberang Takir sentiasa memantau 24 jam keperluan rakyat di Kuala Nerus tidak dihimpit ketiadaan air. Jika ada kawasan yang ketiadaan bekalan air, hubungi wakil kami di Dun-Dun, ” katanya.

Beliau mengharapkan sinergi kerjasama yang erat dalam memastikan keperluan rakyat menjadi keutamaan agar semua dapat bersabar dengan ujian dihadapi.

Tamat