Seramai 30,000 pekerja sektor perkayuan kini divaksin segera bagi membolehkan industri itu bangkit semula selepas mengalami krisis kejatuhan akibat ditutup selama dua bulan.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) dibawah kerjasama Persatuan Perabot Muar (MFA) di Muar, Johor melalui Program Imunisasi Industri
Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang mula beroperasi pada 2
Ogos 2021 kini sedang menjalankan program vaksinasi melibatkan 30,000
pekerja.

“Sebolehnya pihak kementerian mahu operasi di sektor pengeluaran dapat dijalankan bagi mengelakkan berlakunya kerugian akibat sektor ini ditutup. Mengikut data yang diperolehi pengusaha kilang sektor perkayuan kini mengalami kerugian sekitar RM 60 juta sebulan dan sepanjang tempoh PKP jumlah kerugian terpaksa ditanggung bernilah RM 1.2 billion semuanya.

“Oleh itu , kementerian mengambil langkah memberi vaksinasi secepat mungkin, dan pada masa sama membanyakkan program PPVIN seperti mana yang telah dimohon oleh subsektor getah melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) kepada CITF untuk membuka PPVIN membabitkan 30,000 pekerja industri berkenaan sebagai permulaan,” katanya dalam lawatan Program Imunisasi PIKAS Di Pusat Pemberian Vaksin SKT Banquet Hall, Sungai Abong, Muar.

Menurutnya beliau, Dr Khairuddin berkata, sehingga hari ni, jumlah penerima vaksin adalah seramai11,048 orang di PPVIN PIKAS
Muar, PPVIN Ladang Tennamaram (3,749 orang) dan PPVIN
MTC@Olak Lempit (6,906 orang).

“KPPK menyasarkan semua
pekerja akan melengkapkan proses vaksinasi mengikut tempoh yang
ditetapkan. Sebagai sokongan kepada usaha pemberian vaksin ini
oleh industri, MTC sedang mempertimbangkan subsidi sebanyak
RM30 daripada kos keseluruhan iaitu RM85 untuk dua dos bagi
setiap pekerja.

“Pada masa sama, KPPK sedang berunding bagi mencari penyelesaian mengelakkan berlakunya kerugian bagi pihak industri perkayuan yang ditutup sementara.

“KPPK akan membawa usul terbaik untuk dirundingkan bersama pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Sains Dan Teknologi bersama bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn yang mengetuai Kluster Keselamatan,” katanya.

Sementara itu, wakil daripada pengusaha kilang industri perkayuan turut mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat mengikut langkah seperti mana negara Vietnam.

Mereka mencadangkan supaya semua pekerja tinggal di kawasan kilang yang menyediakan keperluan asrama tanpa diberikan kebenaran untuk keluar.

Pihak industri juga berpendapat supaya pihak polis turut dapat membantu dalam menjaga SOP di kilang serta asrama agar tiada pekerja melarikan diri daripada kilang.

“Pihaknya merayu agar penguatkusaan dapat dilakukan setiap hari, supaya pengusaha kilang dapat meneruskan operasi mereka dengan pas kebenaran sementara bukannya dengan SOP yang berubah-ubah” katanya.

Tamat