“PAS menegaskan dasar semasanya mempertahankan Perikatan Nasional dan memperkukuhkan Muafakat Nasional demi kedudukan bangsa Melayu, ” itu antara kata-kata daripada Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tadi.

Menurutnya beliau berkata, pihak PAS tetap dengan pendirian berkenaan bagi kebaikan kedua-dua pihak dengan cara tersendiri.

“Parti besar Melayu mesti bersama, kerana nak wujudkan satu muakat, untuk negara, bersatu demi Islam. Demi kebaikan negara dan politik bagi jangka panjang, parti besar Melayu mesti bersama sebab ia tonggak kepada kerajaan, disusuli parti lain yang mempunyai kepelbagaian kaum.

“Kita menegaskan dasar parti iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). PAS kekal menjadi jambatan antara dua parti besar Melayu… PAS dan UMNO serta menjadi jambatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Bagaimana kaedah memperkukuh MN itu adalah kerja dalaman PAS yang tak boleh didedahkan kepada umum, walaupun UMNO dan BERSATU dilihat tidak mencapai kesepakatan,” katanya pada sidang media di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

PAS akan meneliti hasil Mesyuarat Khas Kabinet yang dijadual berlangsung esok, sebelum menetapkan sebarang keputusan lanjut.

Menurutnya beliau berkata pendirian parti Islam itu ketika ini masih bersama untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dan semua ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Parlimen dari parti Islam itu dan majlis syura berkenaan, semalam.

Tamat