Dalam menyelami keperluan para petugas barisan hadapan, pihak agensi dan korporat di seru bagi membantu kerajaan dalam menyelesaikan isu covid 19 melanda semua.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau menyeru semua pihak berkerjasama dalam usaha membantu terutamanya berkenaan keperluan mengekang virus COVID-19.

“Kita menyeru mana-mana korporat bagi membantu melalui CSR yang mempu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Seperti hari ini, satu serahan sumbangan bernilai RM270,000 oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) melalui kesinambungan Program Bantuan
Prihatin Untuk Institusi Kesihatan MRC dalam usaha membantu kerajaan bagi meringankan beban dan tugas petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus menangani krisis pandemik COVID-19 ini,” katanya ketika di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid (PKRC) di
MAEPS, Serdang.Pengarah PKRC MAEPS, Dr Sahabuddin Ibrahim.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Encik Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Pada majlis berkenaan, Dr Khairuddin telah menyerahkan sebanyak lima unit komputer riba bernilai RM10,000; 2,500 unit peralatan perlindungan
peribadi (PPE) sut Tyvek bernilai RM225,000 dan 5,000 unit topeng muka N95 berjumlah RM35,000.

Semua item yang diserahkan adalah bagi kegunaan petugas barisan hadapan yang terpaksa berhadapan dengan pesakit COVID 19.